Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.pa.man] | ڤڠڤمن

Definisi : perbuatan atau hal mengepam­(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.pa.man] | ڤڠڤمن

Definisi : perbuatan atau hal mengepam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengepaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pumping losskehilangan pengepamanKejuruteraan AutomotifEnjinSebahagian kuasa enjin yang digunakan untuk proses mengepam dalam kitaran enjin. Proses mengepam ini menggunakan kuasa enjin ketika lejang masukan menyedut campuran udara- bahan api ke dalam kebuk pembakaran, lejang mampatan memampatkan campuran tersebut dan lejang ekzos menolak hasil pembakaran keluar. Ketiga-tiga proses ini menggunakan kuasa yang sama, dihasilkan semasa lejang pembakaran. Proses tersebut dapat mengurangkan kuasa sebenar yang dipindahkan ke aci engkol.
cardiac arrestjantung terhentiKejururawatanTiadaPengepaman jantung berhenti secara mengejut yang dicirikan oleh ketiadaan tekanan darah dan nadi. Ia berlaku akibat fibrilasi ventrikel dan asistole.
cardiogenic shockrenjatan kardiogenikKejururawatanTiadaKemerosotan fungsi pengepaman ventrikel kiri yang teruk akibat infarksi miokardium, yang dicirikan oleh hipovolemia, hipotensi, nadi yang lemah, kulit berlengas dan keliru.
dilated cardiomyopathykardiomiopati terdilatKejururawatanTiadaKeadaan pembesaran kebuk jantung yang mengganggu keupayaan pengepaman jantung. Keadaan ini disebabkan oleh penyakit otot jantung.
hypertrophic cardiomyopathykardiomiopati hipertrofiKejururawatanTiadaPenebalan dinding jantung yang menyebabkan gangguan keupayaan pengisian semula dan pengepaman jantung.
ventricular fibrillationfibrilasi ventrikelKejururawatanTiadaRentak ventrikel yang tidak normal, iaitu rentak yang cepat dan tidak sekata. Keadaan ini mengganggu pengepaman darah ke seluruh tubuh, dan lazimnya menyebabkan kematian mengejut.
rate of flowkadar aliranKejuruteraanTiada1. Isi padu air yang mengalir melalui garis keratan luahan dalam seunit masa. Sinonim: luahan. 2. Kadar penghantaran pam atau set pengepaman.
implantable medical deviceperanti perubatan boleh implanFizikNanoteknologiAlat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
fuel pumppam bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam sistem bahan api yang berfungsi untuk mening- katkan tekanan bagi menggerakkan bahan api dari tangki ke sistem suntikan bahan api atau karburetor. Pam ini terdiri dari- pada dua jenis, iaitu mekanikal yang biasanya digunakan dalam karburetor dan dipacu oleh aci sesondol, dan menggerakkan diafragma untuk menjana tindakan pengepaman. Pam elektrikal pula terdiri daripada dua jenis, iaitu pendesak yang dijalankan oleh motor dan diafragma yang dijalankan oleh daya medan magnet.

Kembali ke atas