Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ring] | ڤڠريڠ

Definisi : alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.ring] | ڤڠريڠ

Definisi : alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengering


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
desiccantbahan pengeringKimiaKimia Analisislih. reagen pengering
drying agentagen pengeringKimiaKimia AnalisisLihat reagen pengering.
desiccatorbalang pengeringKimiaKimia AnalisisBalang tertutup rapat yang biasanya dibuat daripada kaca atau plastik yang digunakan untuk mengering bahan kimia pepejal dengan menggunakan bahan pengering.
drying reagentreagen pengeringKimiaKimia AnalisisBahan kimia, sama ada berbentuk pepejal seperti gel silika dan penapis molekul atau cecair seperti asid sulfurik pekat dan gliserol, yang mempunyai afiniti yang kuat terhadap air dan berupaya menyerap air daripada bahan-bahan lain. Bahan-bahan ini biasanya digunakan di dalam balang pengering dan dalam menara atau turus.
desiccantbahan pengeringKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAgen yang dimasukkan ke dalam sistem pendingin. Agen ini biasanya diletakkan pada penyahhidrat untuk menyerap lembapan dalam sistem tersebut.
batch drierpengering kelompokKesenianTiadaAlat untuk mengeringkan benda kerja secara berkelompok.
batch drierpengering kelompokKejuruteraanTiadaTiada
artificial dryingpengeringan buatanHerbaTiadaKaedah pengeringan bahan herba dalam ketuhar atau alat pengering suria yang dialirkan udara panas. Bahan herba yang besar dan tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas. Contohnya, pengeringan akar tongkat ali dan kacip fatimah.
loss on dryingsusut pengeringanHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan air dalam bahan herba yang telah dikeringkan melalui pemanasan atau pengeringan menggunakan fosforus pentoksida di dalam balang pengering. Nilai peratusannya diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah perbezaan berat bahan herba antara sebelum dan selepas pengeringan dan w ialah berat asal bahan herba sebelum pengeringan. Nilai ini merupakan tahap kekeringan bahan herba bagi menandakan kesan proses pengeringan bahan tersebut. Walau bagaimanapun, susut pengeringan tidak sesuai digunakan untuk penentuan kandungan air bagi bahan herba yang mengandungi minyak meruap. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai susut pengeringan piawai bagi pegaga tidak melebihi 10%w/w.
darkroom equipmentperalatan bilik gelapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeralatan yang terdapat di dalam bilik gelap untuk tujuan pemprosesan filem. Contohnya, lampu cahaya selamat, tangki pencuci, tangki cecah bantut, tangki penetap, tangki air dan pengering.

Kembali ke atas