connotation | pengertian | Kesusasteraan | Puisi | Makna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi. |
connotation | konotasi | Kesusasteraan | Puisi | Lihat pengertian. |
concept | konsep | Kesusasteraan | Tiada | Gambaran pemikiran, gagasan, pengertian atau tanggapan yang terdapat atau wujud dalam kepala individu tentang sesuatu objek, perkara, peristiwa dan sebagainya. |
mirror phase | fasa cerminan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense of unity). Nafsu dan naluri kanak-kanak adalah untuk ibunya. Persepsi dan fantasi narsisis tersebut membuatkan seseorang kanak-kanak bersikap ego. Oleh sebab ego terbentuk melalui persepsi dan fantasi narsisis, ego dikatakan asing daripada naluri bawah sedar dan pengaruh bahasa. Oleh itu, sebelum bahasa memberikan konsep �saya� pada kanak-kanak, mereka belum lagi mengenali atau mengerti konsep diri mereka sendiri. |
prismatic | prismatik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya. |
analysis | analisis | Kesusasteraan | Tiada | Proses yang membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. |
perception | persepsi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses mengatur dan memberikan pengertian kepada pengalaman. Peringkat kognitif terhadap persekitaran. |
self concept disturbance | gangguan konsep diri | Kejururawatan | Tiada | Kesan psikologi yang dialami oleh seseorang terhadap pengertian negatif pada dirinya sendiri. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Idea atau konsep abstrak dalam bentuk watak, objek atau lambang yang tersirat untuk membawa suatu pengertian yang lebih mendalam. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk metafora yang diluaskan pengertiannya di mana objek, manusia dan gerak laku dalam sesebuah kisah, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi disamakan dengan pengertian lain yang terletak di luar kisah isu sendiri. |