biometrics authentication | pengesahan biometrik | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengenalan keselamatan yang bergantung kepada ciri-ciri biologi yang unik bagi seseorang individu seperti cap jari, iris atau retina. Proses ini membandingkan data biometrik yang diperoleh dengan data yang tersimpan dalam pangkalan data untuk tujuan pengesahan. Pengesahan biometrik sering digunakan ketika seseorang individu hendak mencapai sumber digital dan fizikal seperti bangunan, bilik dan peranti yang canggih. |
e-authentication | e-pengesahan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengesahan identiti seseorang secara elektronik, seperti tandatangan digital. Proses ini merupakan kaedah yang paling selamat untuk mengesahkan identiti seseorang ketika melakukan transaksi atau urusan dalam talian. Contohnya, pengesahan laporan kesihatan seseorang pesakit oleh seorang doktor secara elektronik sebelum dihantar kepada pakar perubatan yang berikutnya untuk dianalisis. |
process validation | pengesahan proses | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Langkah yang melibatkan pengumpulan, analisis dan penilaian data bermula dari fasa reka bentuk proses sehingga pengilangan produk. Pengesahan proses bertujuan untuk menghasilkan produk yang berkualiti secara konsisten. Pengesahan perlu dijalankan ke atas beberapa aspek seperti proses pengilangan, tatacara persampelan, peralatan, kemudahan dan kaedah analisis. |
authentication token | token pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peranti atau benda fizikal yang digunakan sebagai alat penyahihan identiti pemegang token tersebut untuk membolehkan capaian diberikan kepada individu tersebut. Contoh token pengesahan adalah seperti kad jalur magnetik, cip RFID, dan kod pintar. |
touchsafe system | sistem sentuh selamat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik. |
herbal authentication | pengesahan herba | Herba | Tiada | Proses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah. |
mutual authentication | saling pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses yang melibatkan kedua-dua pihak, iaitu pihak A dan pihak B membuktikan identiti masing-masing sesama sendiri. Pihak B dapat memastikan bahawa beliau berkomunikasi dengan pihak A dan bukannya pihak yang mengaku A dan sebaliknya. |
affirmative action | tindakan pengesahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat tindakan afirmatif. |
herbal product validation | pengesahan produk herba | Herba | Tiada | Tindakan untuk mengesahkan prosedur, proses, peralatan, bahan, aktiviti atau sistem selaras dengan prinsip Amalan Pengilangan Baik bagi memastikan ketekalan kualiti, keberkesanan dan keselamatan sesuatu kelompok produk herba ubatan. |
trace back verification | pengesahan pengesanan semula | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |