Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) | Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu kerangka kerja yang menunjukkan tiga (3) pengetahuan persilangan tabii yang perlu dikuasai oleh seseorang pengajar bagi mencapai pengajaran yang berkesan. TPACK terbentuk hasil daripada persilangan tiga (3) pengetahuan, iaitu pengetahuan teknologi (TK), pengetahuan pedadogi (PK) dan pengetahuan kandungan (CK). Selain itu, terdapat terbitan tiga (3) pengetahuan persilangan, iaitu pengetahuan teknologi pedadogi (TPK), pengetahuan teknologi kandungan (TCK), pengetahuan pedagogi kandungan (PCK). |
declarative knowledge | pengetahuan penyataan | Sains Sukan | Biomekanik | Pengetahuan mengenai butir-butir yang mencirikan sesuatu maklumat. Contohnya, undang-undang permainan ragbi akan memperincikan cara permainan ini dilakukan. |
knowledge deficit | kurang pengetahuan | Kejururawatan | Tiada | Kekurangan kefahaman tentang sesuatu ilmu, contohnya pesakit kurang pengetahuan tentang penyakit diabetes. |
eschatology | eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia. |
authentic assessment | pentaksiran autentik | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penilaian pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Pentaksiran autentik meliputi pelbagai aspek yang merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. |
connectivism | konektivisme | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Teori pembelajaran era digital yang berasaskan idea bahawa pengetahuan adalah terangkai. Pembelajaran berlaku semasa individu saling berhubung antara satu sama lain dan berkongsi maklumat untuk mengembangkan dan mencipta pengetahuan yang bersepadu. Pembelajaran bukan sahaja berlaku dalam diri individu bahkan dalam keseluruhan rangkaian. Pembelajaran boleh berpunca daripada pelbagai sumber komuniti termasuklah sumber bukan manusia seperti rangkaian pangkalan data. Teori ini bermodelkan pembelajaran terangkai dan menjadi signifikan akibat daripada kemajuan teknologi Web 2.0. |
constructivist | konstruktivis | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang pengamal dan pendukung pendekatan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme, iaitu pelajar perlu membina kefahaman sendiri mengenai dunia persekitaran mereka. Konstruktivis sentiasa menggalakkan pelajar membuat refleksi dan membawa pengalaman lalu kepada situasi baharu dan pengetahuan baharu dibina daripada pengetahuan sedia ada. |
cognitive flexibility | keluwesan kognitif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kebolehan secara spontan bagi menstruktur semula pengetahuan seseorang untuk bertindak balas kepada perubahan situasi atau permintaan yang radikal. Dalam persekitaran e-pembelajaran, strategi pengajaran ditumpukan kepada persembahan maklumat daripada pelbagai perspektif yang saling berkait, serta penggunaan kajian kes yang mewakili kepelbagaian contoh bagi pembinaan pengetahuan. |
posology | posologi | Herba | Tiada | Pengetahuan tentang jumlah atau kuantiti dos bahan herba yang digunakan dalam perubatan. Penggunaan bahan herba melebihi dos yang ditetapkan boleh menyebabkan mudarat atau kesan sampingan. Contohnya, dos maksimum 12 g daun kering misai kucing digunakan dalam satu hari. |
assessment literacy | literasi pentaksiran | Pendidikan | Tiada | Pengetahuan asas dan prinsip amalan pentaksiran termasuklah istilah, perkembangan dan penggunaan teknik serta kaedah pentaksiran. |