vapourization | pengewapan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | perubahan keadaan daripada cecair menjadi wap atau gas. |
vapour-recovery system | sistem pemulihan wap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem kawalan pancaran pengewapan, yang akan memulihkan wap gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung karburetor. |
continuous extraction | pengekstrakan berterusan | Kimia | Kimia Analisis | Pengekstrakan pepejal atau cecair dengan menggunakan pelarut pengewapan yang sama melalui proses refluks dan kondensasi yang berterusan misalnya pengekstrakan Soxhlet. |
nanoscale synthesis | sintesis nanoskala | Fizik | Nanoteknologi | Sintesis yang berkaitan dengan penghasilan nanostruktur dengan geometri khusus dan pada tempat tertentu di atas suatu permukaan substrat. Sintesis ini juga melibatkan sifat kimia dan komposisi molekul yang digunakan. Kaedah yang biasa digunakan dalam sintesis ini ialah kaedah kimia, pengewapan laser, termolisis, dan kaedah denyutan laser. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Tiada | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati. |