reinsurance pool | gemblengan insurans semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah insurans semula yang sama dengan perkongsian berkuota. Setiap ahli akan menanggung sebahagian daripada setiap risiko yang diunderait oleh setiap ahli yang lain. Peruntukan dalam perjanjian penggembelengan ini mungkin termasuk had maksimum untuk ditanggung oleh setiap ahli. |
bureaucratisation | pembirokrasian | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses menjadikan sebuah organisasi yang tidak tersusun kepada satu organisasi yang lebih berstruktur dengan wujudnya jabatan, bahagian, divisyen atau unit organisasi. Pembirokrasian melibatkan perancangan yang sistematik untuk menentukan perkara, kaedah dan individu yang mentadbir dan yang ditadbir. Pembirokrasian mencakupi proses penggembelengan semua bentuk sumber yang ada di dalam organisasi seperti tenaga kerja, kewangan, mesin dan peralatan, serta infrastruktur. Antara proses pembirokrasian ialah penstrukturan semula organisasi, rombakan atau pengambilalihan pengurusan. |