Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ge.ra] | ڤڠݢرا

Definisi : 1. orang yg menakut-nakutkan, alat utk menakut-nakutkan; ~ burung alat utk menakut-nakutkan burung (yg makan padi dll); 2. alat utk memberi isyarat (ada bahaya dll); ~ kebakaran alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ge.ra] | ڤڠݢرا

Definisi : 1 orang yg membuat orang lain berasa takut. 2 alat yg digunakan utk menimbulkan rasa takut: ~ burung alat spt orang-orangan dll utk menakut-nakutkan burung. 3 alat utk memberi isyarat (ketika berlaku bahaya dll): ~ kebakaran alat (spt loceng) yg berbunyi dll apabila berlaku kebakaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
central alarm stationstesen penggera pusatSains NuklearKejuruteraan ReaktorPepasangan yang membolehkan pemantauan dan penaksiran penggera secara lengkap dan berterusan. Stesen penggera pusat juga membolehkan komunikasi antara pasukan pengawal keselamatan, pengurusan kemudahan dan pasukan gerak balas.
alarmpenggeraanSains NuklearKejuruteraan ReaktorPenghasilan isyarat daripada penggera. Lihat juga false alarm, innocent alarm, instrument alarm, nuisance alarm.
instrument alarmpenggeraan peralatanSains NuklearKejuruteraan ReaktorIsyarat daripada peralatan penggera yang mungkin menunjukkan peristiwa sekuriti nuklear dan memerlukan penaksiran.
innocent alarmpenggeraan tidak mudaratSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeputusan penaksiran isyarat penggera yang menyatakan kehadiran bahan nuklear atau bahan radioaktif lain adalah di bawah kawal selia atau dikecualikan atau terkecuali daripada kawal selia.
false alarmpenggeraan palsuSains NuklearKejuruteraan ReaktorDapatan penaksiran selepas penghasilan isyarat daripada penggera yang didapati bukan disebabkan oleh kehadiran bahan radioaktif atau bahan nuklear.
smart homerumah pintarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSebuah rumah yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuninya mengawal peralatan rumah secara jarak jauh. Penghuni rumah boleh memberikan arahan kepada peralatan rumah supaya bertindak secara terautomasi mengikut kehendak penghuni. Peralatan rumah juga boleh disepadukan untuk fungsian tertentu. Contohnya, alat penggera boleh disepadukan dengan lampu dan kamera keselamatan untuk menyuluh dan mengimbas hanya di kawasan tempat penggera dibunyikan, dan seterusnya pegawai keselamatan boleh dipanggil secara automatik dan dibekalkan maklumat penggeraan secara terus-menerus.
negative pressure ambulanceambulans tekanan negatifKesihatan AwamTiadaAmbulans yang mempunyai pelbagai ciri tekanan negatif seperti sistem penapisan HEPA dan lampu UV khusus bertujuan untuk membersihkan udara dan memerangkap virus daripada merebak ketika petugas merawat kes penyakit berjangkit jenis bawaan udara. Ambulans ini turut dilengkapi dengan pod isolasi yang diperbuat daripada filem TPU khas dengan tiang ABS untuk kuatkan struktur usungan. Penggera keselamatan juga tersedia di kabin ambulans dan ruang pengasingan.

Kembali ke atas