zombie | zombi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Komputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Penggodam boleh menghantar arahan pada bila-bila masa kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang secara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data tak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan menganggap bahawa serangan berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DdoS pada komputernya. |
biohacker | penggodam biologi | Biologi | Tiada | Seseorang yang bukan pakar yang diiktiraf atau ahli sains profesional yang melakukan eksperimen saintifik dengan bahan biologi untuk menjadikan tubuhnya lebih baik dan efisien. Sinonim biological hacker. |
biological hacker | penggodam biologi | Biologi | Tiada | Seseorang yang bukan pakar yang diiktiraf atau ahli sains profesional yang melakukan eksperimen saintifik dengan bahan biologi untuk menjadikan tubuhnya lebih baik dan efisien. Sinonim biohacker. |
cracker | perekah | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Individu berperwatakan penggodam dan pengguna hasad yang menggunakan kemahiran pengatucaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer milik pihak lain. Beliau menerbitkan hasil kerjanya dalam bentuk kod perengkah, skrip, warez atau aturcara yang boleh digunakan oleh pengguna hasad lain seperti budak skrip. Sinonim topi hitam. |
white hat | topi putih | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Individu berperwatakan penggodam yang menggunakan kemahiran pengaturcaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer. Individu ini mengenal pasti dan memperbaik kelemahan tersebut untuk memperkukuh keselamatan sistem komputer dan bukannya pengguna hasad. |
spoonerism | spoonerisme | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penulisan yang digunakan oleh penggodam untuk menghasilkan nama yang menarik lagi dirinya sendiri ataupun untuk menanda mesej kejayaan dicerobohi pengguna hasad. Contohnya, Kitizen Cane adalah suatu spoonerisme untuk Citizen Kane. |
honeypot | umpan madu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang menyerupai sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Sistem ini mungkin diisi dengan data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Sistem ini dapat membantu pemilik sistem mempelajari dan memperbaik kelemahan yang terdapat pada sistem komputernya. Lihat juga rangkaian umpan madu. |
honeynet | rangkaian umpan madu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian sistem yang menyerupai rangkaian sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Rangkaian sistem ini mungkin diisi data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Lihat juga umpan madu. |