Malaysian grading rule | Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Satu sistem penggredan khusus untuk semua kayu keras gergaji yang berasal dari Malaysia atau kawasan yang berhampiran dengannya, kecuali kayu jati. Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984 adalah sistem penggredan yang mutakhir dan berkuatkuasa sehingga digantikan dengan yang lain. Sistem penggredan ini mengandungi dua bahagian utama, iaitu khusus untuk spesifikasi pasaran umum dan spesifikasi pasaran khas. Peraturan yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1949 ini telah dipinda beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1960 dan 1968 dan terakhir sekali pada tahun 1984. Pindaan dan pengubahsuaian ini perlu dilakukan selaras dengan perubahan teknologi dan penggunaan kayu. Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia lebih dikenali dengan singkatan Inggerisnya MGR. |
mill grading rule | aturan penggredan kilang; aturan penggredan kisar | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
spesial market specifications | spesifikasi pasaran khas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Spesifikasi penggredan yang memperuntukkan peraturan penggredan kayu gergaji yang mempunyai kegunaan terakhir tertentu. Spesifikasi ini digunakan dalam ukuran yang dibekalkan oleh pengeluar, misalnya kayu landasan kereta api atau kayu palang. Setiap gred mempunyai peruntukan cacat terizinkan, dan kepingan kayu dalam gred, tertentu perlu memenuhi peruntukkan masing-masing. Spesifikasi penggredanini digunakan untuk menggred kayu sempurna lebar dan kayu panel, kayu jalur, kayu pendek, kayu palang, kayu gerabak kereta api, kayu landasan kereta api, beruti, beruti besar segiempat sama, dan kayu geladak. |
veneer grading | penggredan venir | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses pemilihan dalam pengasingan venir berasaskan gred tertentu. Penggredan venir berdasarkan bentuk ira, warna kayu dan cacat seperti kehadiran buku, retak, dan lubang serangga yang terdapat pada permukaan venir. Bagi venir kayu keras, terdapat empat gred venir iaitu gred premium, gred pilihan 1, gred baik 2, dan gred kegunaan am. Penggredan venir biasanya dilakukan hanya kepada venir muka. |
gradation | pemeringkatan; penggredan | Geografi | Tiada | Penggredan: Keadaan di mana permukaan bumi menuju ke tahap penyeragaman melalui tindakan proses - proses gondolan. |
grading rule | peraturan penggredan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Maklumat yang menjelaskan tentang beberapa gred kayu dan hasil kayu, dan cara menentukan gred tersebut. Kebanyakan negara pengeksport kayu telah menyediakan peraturan penggredan untuk balak, balak segi, dan kayu gergaji untuk tujuan perdagangan. Misalnya, Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia digunakan untuk mengred kayu gergaji. |
aggregate grading | penggredan agregat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Penggredan yang dilakukan terhadap batu, pasir dan sebagainya kepada saiz-saiz tertentu. Ayak piawai digunakan dengan saiz bukaan 4.76 mm. 2.36 mm, 1.18 mm, 600 um, 150 um untuk agregat halus manakala untuk agregat kasar yang berukuran 40 mm hingga 5 mm. Susunan saiz ayak ialah 50 mm, 37.5 mm, 20 mm, 14 mm, 10 mm, 5.0 mm dan 2.36 mm. |
grading curve | keluk penggredan | Pendidikan | Tiada | Sistem penggredan yang memperuntukkan gred atau markah kepada pelajar dalam sesuatu kelas mengikut taburan normal. |
stress grading | penggredan tegasan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penggredan yang berdasarkan kekuatan keseluruhan kayu dan hasil kayu untuk kegunaan struktur binaan. |
defect system grading | penggredan sistem cacat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penggredan yang berdasarkan cacat yang terdapat dalam balak segi dan kayu gergaji yang mempunyai kegunaan tertentu, yang biasanya digunakan dalam ukuran yang dibekalkan. Jenis, jumlah dan saiz cacat menentukan gred sesuatu hasil kayu. |