‘aqd isqatah | akad pengguguran | Perniagaan Islam | Tiada | Akad untuk menggugurkan sesuatu hak, sama ada berbayar atau tidak. Akad pengguguran tanpa bayaran dikenali sebagai ‘aqd isqat mutlaqah, iaitu akad pengguguran mutlak. Contohnya, pemiutang menggugurkan tanggungan pembayaran hutang yang wajib dibayar oleh penghutang. Akad pengguguran berbayar dikenali sebagai ‘aqd isqat mu‘awadah, iaitu akad pengguguran dengan balasan. Contohnya, pemilik hak shuf‘ah menarik diri daripada memperoleh hak tersebut dengan mengenakan bayaran kepada rakan kongsi. |
abortion | keguguran; pengguguran | Perubatan | Tiada | ,. 2. Pengguguran: Penyingkiran embrio atau fetus dari uterus ibu sebelum cukup bulan, sama ada secara spontan atau aruhan. |
ibra’ | pengguguran hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan pelepasan hutang atau hak kepada penghutang atau penjamin sama ada pelepasan semua hutang atau hak, atau sebahagian hutang atau hak sahaja. Contohnya, pemiutang berkata “Saya gugurkan hutang awak”, maka gugurlah hutang dan pemiutang tidak ada hak menuntut hutang. Sekiranya tindakan pelepasan atau pengguguran hutang itu diberikan kepada penjamin sahaja, maka penghutang tidak terlepas daripada tanggungan hak pemiutang. |
waive | pengguguran hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Lihat ibra’. |
الإجهاض | pengguguran | Agama Islam | Fiqh | Jenayah yang dilakukan terhadap janin yang masih dalam kandungan mengakibatkan keguguran. |
abortion | pengguguran | Farmasi | Farmakologi | Penyingkiran embrio atau janin daripada uterus dengan menggunakan agen atau kaedah tertentu. Bagi tujuan perubatan, contoh agen yang sering digunakan ialah analog prostaglandin(dinoproston), prostaglandin Et (gemeprost) dan prostaglandin F2a (karboprost). |
heaving | pengguguran | Kejuruteraan | Petroleum | Kejadian runtuhnya sebahagian atau seluruh dinding lubang akibat tekanan dalam yang berasal daripada tekanan gas dalam formasi atau daripada pembengkakan mineral lempung akibat penghidratan. |
abortion | pengguguran | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
justifiable abortion | pengguguran wajar | Kependudukan | Tiada | Tiada |
illegal abortion | pengguguran haram | Kependudukan | Tiada | Tiada |