Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.na.an] | ڤڠݢوناءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.na.an] | ڤڠݢوناءن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggunaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
traditional use of herbal medicinespenggunaan tradisional ubat herbaHerbaTiadaPerihal penggunaan ubat herba berdasarkan sejarah penggunaan yang lama. Penggunaan ubat herba ini telah mantap, diperakui selamat dan berkesan serta mungkin diterima oleh pihak berkuasa kebangsaan. Contohnya, penggunaan tradisional tongkat ali dan kacip fatimah.
sonochemistrysonokimiaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan gelombang tinggi dalam proses tindak balas kimia untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan penggunaan pemangkin. Contohnya, penggunaan gelombang tinggi dalam proses pempolimeran dan penyahpolimeran.
sustainable usepenggunaan mapanHerbaTiadaCara dan kadar penggunaan herba dalam kepelbagaian biologi yang tidak menyebabkan kepupusannya untuk jangka masa panjang. Penggunaan mapan menjamin pengekalan sumber secara berterusan untuk generasi akan datang.
sustainable consumptionpenggunaan mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan terancang bagi sesuatu produk atau perkhidmatan supaya dapat memberikan kesan minimum terhadap alam sekitar. Penggunaan mampan akan menjamin persekitaran yang selamat bagi generasi akan datang.
renewable energy consumptionpenggunaan tenaga boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauNisbah antara penggunaan kasar pedalaman tenaga boleh diganti semula dengan penggunaan kasar pedalaman tenaga keseluruhan (primer) yang dikira dalam tempoh setahun mengikut tahun kalendar.
neologismneologismeKesusasteraanPuisiPemilihan dan penggunaan perkataan baharu dalam sesebuah puisi yang dicipta. Pembentukan dan penggunaan kata baharu itu mungkin berasal daripada bahasa penyair sendiri mahupun dipinjam daripada bahasa asing. Penggunaan kata-kata neologisme ini bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu isu atau pemikiran yang diungkapkan oleh penyairnya dan mungkin juga merupakan suatu stail saja. Contohnya, penggunaan neologisme ini dapat dilihat dalam "Sajak Warga Kata" karya Baha Zain. Antara kata-kata tersebut ialah warga, bankrap, pub, nightclub, combat, piring terbang, jutawan, rutin, burger, instant mee dan kerantung.
specific fuel consumptionpenggunaan bahan api tentuKejuruteraan AutomotifEnjinJumlah penggunaan bahan api oleh enjin untuk menghasilkan setiap unit tenaga yang dikeluarkan. Jumlah bahan api diukur dengan brek dinamometer pada tapak uji enjin. Penggunaan bahan api tentu ini diukur dalam unit kilogram per kilowat jam. kilogram per megajoule atau paun per kuasa kuda brek jam.
requisition noticenotis permintaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaNotis yang dikemukakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan ke atas pemilik tanah supaya menghentikan penggunaan atau mengubahsuai penggunaan tanah dan bangunan.
enhanced national economicekonomi nasional dipertingkatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPeningkatan sistem ekonomi dan julat aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara atau daerah tertentu hasil penggunaan teknologi hijau. Contohnya, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.
green packagingpembungkusan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses membungkus produk untuk tujuan penghantaran, penyimpanan, penjualan dan penggunaan dengan menggunakan bahan dan kaedah yang berimpak rendah terhadap penggunaan tenaga dan alam sekitar. Contohnya, penggunaan bioplastik dan bahan mudah biodegradasi dalam pembungkusan sesuatu produk.
12345678910...

Kembali ke atas