Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hab.lu.ran] | ڤڠهبلورن

Definisi : proses menghablur atau menghablurkan, pembentukan hablur, peng­kri­stalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hab.lu.ran] | ڤڠهبلورن

Definisi : proses menghablur atau menghablurkan; pembentukan hablur: Selalunya garam yg larut disediakan dgn cara ~, dan garam yg tidak larut disediakan dgn cara pemendakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghabluran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recrystallizationpenghabluran semulaKimiaKimia AnalisisProses penulenan bahan secara melarutkan hablur ke dalam pelarut yang dipanaskan kemudian membenarkan penghabluran berlaku semula. Ia boleh dilakukan beberapa kali untuk mempertingkatkan ketulenan bahan.
herbal fractionationpemfraksian herbaHerbaTiadaProses pemisahan bahan herba kepada komponen tertentu melalui penyulingan berperingkat, pemfraksian berdasarkan kepolaran pelarut atau penghabluran.
phytochemical compoundsebatian fitokimiaHerbaTiadaSebatian tulen kimia yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan diasingkan melalui proses pengekstrakan, penyulingan, pemfraksian, penghabluran dan lain-lain. Kelas utama sebatian fitokimia ialah alkaloid, terpena, fenolik, flavanoid, glikosida, protein, lemak dan karbohidrat. Sebatian ini sangat berguna dalam bidang perubatan, pemakanan dan kosmetik.
crystal growthpertumbuhan hablurFizikNanoteknologiProses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran.

Kembali ke atas