Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.pu.san] | ڤڠهاڤوسن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.pu.san] | ڤڠهاڤوسن

Definisi : perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deletionpenghapusanKesusasteraanTiadaPenghilangan perkataan pada sesuatu karya sastera yang disengajakan. Penghapusan perkataan atau frasa merupakan suatu praktis yang dimulakan oleh Martin Heidegger dan dipopularkan oleh Jacqueds Derrida. Kumpulan pembaca pruf menghapuskan perkataan dengan memangkahnya dan menggantikannya dengan yang lain. Pemangkahan perkataan itu masih tertera dalam teks. Jacques Derrida melakukan penghapusan untuk menunjukkan bahawa sesetengah perkataan dan frasa tidak sesuai tetapi penulis tidak dapat memberi kata gantian yang lebih jelas. Tanda pemangkahan ini juga bertujuan menarik perhatian pembaca tentang kekurangan atau kesahan sesuatu perkataan atau frasa. Terdapat juga penyalin yang melakukan pelbagai pengguguran terhadap karya asal. Akibat penghapusan itu, muncul beberapa versi baharu yang berbeza dengan karya asal. Namun, tujuannya untuk menambahbaikkan karya tersebut. Lihat juga kritikan teks, kritikus aparatus.
weed eliminationpenghapusan rumpaiPertanian OrganikTanaman Makanan-
pest eliminationpenghapusan perosakPertanian OrganikTanaman Makanan-
escape extinctionpenghapusan lepas diriPsikologiTiadaProsedur yang digunakan untuk merawat tingkah laku individu terutamanya kanak-kanak yang sering mengelak dari melakukan sesuatu yang tidak disukai.
radiation sterilisationpensterilan sinaranHerbaTiadaPenghapusan mikroorganisma melalui pendedahan bahan mentah dan sediaan herba kepada sinaran pengionan seperti sinaran gamma dan partikel beta.
slum clearancepembersihan kawasan sesakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembersihan kawasan sesak sama ada dengan penghapusan, pembaikan atau pemulihan kepada satu keadaan yang lebih selesa.
WhiggismWhiggismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang memperjuangkan pengurangan kuasa raja dan meningkatkan kuasa parlimen atau dewan perundangan. Fahaman ini berkembang pada abad ke-17 hingga ke-19 di Great Britain dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat yang sekali gus mendorong mereka menuntut kemerdekaan daripada monarki Britain. Fahaman ini bagaimanapun tidak menuntut kepada penghapusan kedudukan raja di Great Britain tetapi hanya mahukan pengurangan kuasa mereka. Dari gagasan inilah munculnya konsep berperlembagaan.
allelic exclusionpenyisihan alelPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses yang merujuk hanya satu alel daripada gen ditunjukkan, manakala alel yang lain dikaburkan. Penyisihan alel menguraikan alel mutan bagi gen yang menghasilkan fenotip yang berbilang. Setiap satu alel membawa satu titik mutasi antara kawasan berbeza bagi gen yang sama. Kebanyakan gen individu mewarisi satu salinan bagi setiap gen daripada tiap-tiap ibu bapa. Sekurang-kurangnya dua keadaan pemilihan yang berbeza boleh menjurus kepada penyisihan alel. Dalam satu keadaan, satu alel gen boleh berkeadaan senyap semasa transkripsi dan akan menghasilkan ungkapan alel yang kedua. Dalam keadaan yang lain, kedua-dua alel boleh ditranskripsikan, seterusnya mekanisme akan menjurus kepada penghapusan produk protein daripada satu sel pasca transkripsi dan pasca penterjemahan.

Kembali ke atas