Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.sil] | ڤڠحاصيل

Definisi : orang atau alat yg menghasilkan (membuat, mencipta, dll) sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.sil] | ڤڠحاصيل

Definisi : orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
near-field recordingrakaman medan dekatSains KesihatanTiadaProses merakam respons auditori dengan menggunakan elektrod yang diletakkan berhampiran dengan penghasil respons.
eutrophiceutrofikSains MarinTiadaKeadaan sistem akuatik yang mempunyai kandungan nutrien tinggi dan berupaya menampung pertumbuhan pesat alga serta organisma penghasil primer yang lain. Contohnya, kawasan muara yang menerima banyak nutrien daripada aliran sungai dan air di permukaan.
euphasideufasidSains MarinTiadaKumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus.
algaealgaSains MarinTiadaKumpulan tumbuhan paling ringkas yang terdiri daripada organisma satu sel atau berbilang sel dan kebanyakannya hidup di dalam air. Alga sangat penting dalam jaringan makanan sebagai penghasil primer. Alga mengandungi klorofil dan menjalani fotosintesis, tetapi berbeza dengan tumbuhan tinggi kerana tidak mempunyai batang, akar, daun dan tisu vaskular. Dinding sel biasanya mengandungi bahan berkapur (kalsium karbonat), silika, protein atau campuran ketiga-tiga bahan tersebut. Contoh alga yang biasa ditemui ialah pelbagai spesies fitoplankton dan rumpai laut.
upwellingjulang airSains MarinTiadaPergerakan air dari dasar laut ke permukaan yang didorong oleh pergerakan angin. Angin yang bertiup pada permukaan laut menyebabkan pergerakan air bersih pada 90 darjah dari arah angin akibat daya Coriolis dan angkutan Ekman. Sekiranya pergerakan bersih air berlaku pada sempadan daratan ke arah laut lepas, maka julang air akan berlaku untuk menggantikan air yang hilang. Air dari dasar laut ini yang biasanya kaya nutrien akan merangsang pertumbuhan penghasil primer seperti fitoplankton, dan seterusnya meningkatkan hasil perikanan secara keseluruhan.

Kembali ke atas