child pornography | pornografi kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan lucah kanak-kanak dalam bentuk visual, teks atau audio serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut. Penghasilan bahan ini adalah satu bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak. |
peptisation | peptisasi | Kimia | Kimia Analisis | Penghasilan larutan koloid suatu bahan seperti penghasilan larutan sol daripada gel. |
green synthesis | sintesis hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan produk dengan mengamalkan prinsip kimia hijau, contohnya penghasilan ibuprofen. |
volatile generation | penjanaan meruap | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan sebatian meruap melalui proses pemanasan sesuatu bahan. Contohnya, penghasilan pirazina melalui pirolisis asid amino. |
maximum sustainable yield | hasil lestari maksimum | Sains Marin | Tiada | Tahap penghasilan maksimum yang dapat dicapai pada sesuatu unit masa. Pada tahap penghasilan ini sumber semula jadi seperti sumber perikanan, sumber hutan dan lain-lain yang boleh dieksploitasi secara rutin tanpa menyebabkan kepupusan sumber. |
ethylene production | penghasilan etilena | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
pair production | penghasilan berpasangan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02 MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis. |
reprography | reprografi | - | Tiada | Penghasilan semula bahan cetak seperti imbasan, fotografi, fotokopi dan cetakan digital daripada bahan asal. |
biosynthesis | biosintesis | Herba | Pemiawaian | Penghasilan sebatian kimia tertentu yang berlaku dalam tumbuhan herba. Proses tindak balas kimia semula jadi ini berlaku dengan kehadiran enzim tertentu dan melalui laluan khusus, seperti laluan asid syikimik dan asid mevalonik. Contohnya, biosintesis xanton dalam daun spesies Garcinia. |
phonation | fonasi | Sains Kesihatan | Tiada | Penghasilan bunyi bersuara sahaja. |