Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hi.bur] | ڤڠهيبور

Definisi : 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hi.bur] | ڤڠهيبور

Definisi : orang atau sesuatu yg menghibur hati; pelipur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hibur
Kata Terbitan : berhibur, menghiburkan, terhibur, hiburan, penghibur,

Puisi
 

Mari dikait sarang tempua,
     Anak tiung pandai meniti;
Hamba duduk gelak ketawa,
     Untuk mencari penghibur hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jesterbadutKesusasteraanTiadaWatak pelawak dalam sesuatu persembahan seperti drama, sarkas, wayang, teater dan lain-lain. Dalam drama Melayu tradisional, watak pelawak ditampilkan dengan sifat yang hodoh dan berperanan sebagai penghibur, penasihat, dan pelayan raja. Contohnya, watak Semar dalam Wayang Kulit Jawa, dan watak Wak Dogol dan Wak Long dalam Wayang Kulit Melayu. Dalam tradisi Barat, watak pelawak dikenali sebagai court jester, contohnya dalam drama Shakespeare.

Kembali ke atas