Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hi.la.ngan] | ڤڠهيلڠن

Definisi : perihal menghilangkan, pe­ng­­ha­pusan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hi.la.ngan] | ڤڠهيلڠن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menghilang atau menghilangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ellipsiselipsisKesusasteraanTiadaPenghilangan satu atau lebih perkataan dalam sesuatu ayat. Elipsis juga bermaksud ketiadaan perkataan tertentu yang penting dalam pembentukan sesuatu ayat yang sempurna. Biasanya, elipsis terdapat dalam puisi kerana sifat puisi yang memerlukan kepadatan perkataan. Dalam konteks sastera kreatif, penghilangan kata tersebut tidak begitu penting dalam memperjelas makna atau isi karya. Elipsis juga wujud dalam bentuk tanda tiga titik yang berturutan, contohnya ..., yang menandakan pengguguran kata dalam teks.
deletionpenghapusanKesusasteraanTiadaPenghilangan perkataan pada sesuatu karya sastera yang disengajakan. Penghapusan perkataan atau frasa merupakan suatu praktis yang dimulakan oleh Martin Heidegger dan dipopularkan oleh Jacqueds Derrida. Kumpulan pembaca pruf menghapuskan perkataan dengan memangkahnya dan menggantikannya dengan yang lain. Pemangkahan perkataan itu masih tertera dalam teks. Jacques Derrida melakukan penghapusan untuk menunjukkan bahawa sesetengah perkataan dan frasa tidak sesuai tetapi penulis tidak dapat memberi kata gantian yang lebih jelas. Tanda pemangkahan ini juga bertujuan menarik perhatian pembaca tentang kekurangan atau kesahan sesuatu perkataan atau frasa. Terdapat juga penyalin yang melakukan pelbagai pengguguran terhadap karya asal. Akibat penghapusan itu, muncul beberapa versi baharu yang berbeza dengan karya asal. Namun, tujuannya untuk menambahbaikkan karya tersebut. Lihat juga kritikan teks, kritikus aparatus.
elisionelisiKesusasteraanPuisiPenghilangan bunyi vokal atau konsonan, ataupun suku kata akhir pada sesuatu perkataan. Contohnya, perkataan asalnya tidak ada, digantikan dengan tiada.
apocopelenyapan akhirKesusasteraanPuisiPenghilangan huruf, bunyi, suku kata atau bahagian pada akhir perkataan. Contohnya, kata 'mutiar' dalam puisi "Bulan" karya Rustam Effendi sebenarnya berasal daripada kata 'mutiara'.
apheresislenyapan awalKesusasteraanPuisiPenghilangan huruf atau suku kata awal dalam penggunaan sesuatu perkataan. Contohnya, tika untuk ketika.

Kembali ke atas