pacifier sucking | penghisapan puting | Pergigian | Tiada | Tabiat menghisap puting bagi menenangkan perasaan seseorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, penghisapan puting yang berpanjangan boleh menyebabkan gangguan jajaran gigi. Terdapat juga amalan mencelup puting dengan cecair manis bagi meningkatkan keenakannya tetapi tindakan ini boleh mengakibatkan kejadian karies rampan. |
dummy sucking | penghisapan puting | Perubatan | Tiada | Tabiat menyimpan puting dalam mulut dan menghisapnya. |
digit sucking | penghisapan jari | Perubatan | Tiada | Tabiat memasukkan jari tangan ke dalam mulut dan menghisapnya, biasanya pada kanak-kanak. |
sucking reflex | refleks penghisapan | Kejururawatan | Tiada | Tindak balas menghisap yang dihasilkan akibat usapan bibir bayi. |
insufflation | insuflasi | Perubatan | Tiada | Penghembusan atau penghisapan serbuk, wap, gas atau udara ke dalam rongga tubuh. |
insufflation | insuflasi | Perubatan | Tiada | Penghembusan atau penghisapan serbuk, wap, gas atau udara ke dalam rongga tubuh, misalnya menghembus atau menghisap larutan ubat ke dalam sistem pernafasan. |
milk let-down | turun bebas susu | Veterinar | Praklinikal | Proses susu dikeluarkan daripada ambing. Proses ini dicetuskan oleh pantulan sistemik apabila saraf deria aferen daripada puting membawa impuls ke hipotalamus untuk membebaskan hormon oksitosin. Hormon ini merangsang pengecutan sel mioepitelium yang terdapat di sekeliling alveolus dan duktus kecil dalam kelenjar mama. Rangsangan bagi pantulan turun bebas susu biasanya melalui penghisapan puting oleh anak. |