Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.jung] | ڤڠهوجوڠ

Definisi : akhir, kesudahan, penghabisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.jung] | ڤڠهوجوڠ

Definisi : akhir; penghabisan: ~ bulan (minggu, tahun dll) akhir bulan (minggu, tahun dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
endinghujungFarmasiTiada1. Tamat atau kesimpulan.,2. Penghujung saraf.
ChurrigueresqueChurrigueresqueKesenianHiasan DalamanGaya seni bina Barok Sepanyol pada penghujung tahun 1600 dan digunakan hingga tahun 1750 yang bercirikan perincian yang ekstrem dan rumit, terutamanya pada pintu masuk utama bangunan. Gaya Churrigueresque diilhamkan oleh seorang arkitek dan pengukir bernama Jose Benito de Churriguera yang dilahirkan di Madrid.
drawing room playdrama ruang tamuKesusasteraanTiadaDrama berlatarkan ruang tamu rumah dari awal hingga penghujung plot. Drama ini berkembang semasa zaman Victorian di United Kingdom. Drama Melayu beraliran realisme cenderung memaparkan latar ini. Contoh: Drama Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Atap Genting Atap Rumbia karya Kala Dewata.
cantileverjulur tuasKesenianHiasan DalamanBinaan rasuk, lantai atau kasau yang mempunyai penyokong atau pengikat pada satu penghujung sahaja.
squishskuisyKejuruteraan AutomotifEnjinRuang dalam kebuk pembakaran pada sesetengah enjin yang ombohnya menghimpit sebahagian campuran udara-bahan api pada penghujung lejang mampatan. Ketika omboh mendekati pusat takat terakhir atas, campuran tersebut tertolak keluar dari ruang himpitan. Keadaan ini menghasilkan gelora yang menyebabkan campuran udara-bahan api lebih sempurna, seterusnya pembakaran lebih cekap terhasil.
dandyismdandyismeKesusasteraanTiadaGaya dalam kesusasteraan yang ditandai oleh keindahan bahasa yang dibuat-buat. Gaya ini digunakan oleh penulis-penulis Inggeris dan Perancis pada penghujung abad ke-19.
decadentdecadentKesusasteraanTiadaGerakan kumpulan pengarang yang mempercayai bahawa ciptaan manusia melangkaui kenikmatan berbanding mengetengahkan nilai logik, moral dan etik. Gerakan ini wujud pada penghujung abad ke -19 di Eropah.
gene distancejarak genBioinformatikBioinformatik MolekulCapahan genetik di antara spesies atau populasi di dalam spesies yang jaraknya merujuk kepada pengukuran masa daripada punca yang sama ke penghujung nod dalam satu pepohon filogenetik. Populasi yang mempunyai alel yang sama mempunyai jarak gen yang pendek.
capital bondbon modalinsuransTiadaKontrak sama ada di dalam bentuk anuiti tertunda dengan opsyen bayaran tunai atau insurans hayat yang menjanjikan jumlah bayaran yang lebih besar pada penghujung tempoh kontrak.
fascia boardpapan cantikKesenianHiasan DalamanKepingan papan yang terdapat pada cucur atap. Papan dihias dengan ukiran yang menarik sebagai hiasan dengan motif tertentu. Papan cantik berfungsi menutup penghujung kasau, yang boleh memegang talang.
12

Kembali ke atas