smart home | rumah pintar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sebuah rumah yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuninya mengawal peralatan rumah secara jarak jauh. Penghuni rumah boleh memberikan arahan kepada peralatan rumah supaya bertindak secara terautomasi mengikut kehendak penghuni. Peralatan rumah juga boleh disepadukan untuk fungsian tertentu. Contohnya, alat penggera boleh disepadukan dengan lampu dan kamera keselamatan untuk menyuluh dan mengimbas hanya di kawasan tempat penggera dibunyikan, dan seterusnya pegawai keselamatan boleh dipanggil secara automatik dan dibekalkan maklumat penggeraan secara terus-menerus. |
home invasion | taklukan kediaman | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan menceroboh kediaman orang lain secara menyalahi undang-undang untuk melakukan atau percubaan untuk melakukan jenayah dengan atau tanpa senjata. Perbuatan ini boleh dilakukan semasa penghuni berada di kediaman atau semasa ketiadaan penghuni. |
owner occupier | penghuni pemilik | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
multiple dwelling | penghuni berbilang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
holdover tenant | penghuni lampau tempoh | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
multi-occupancy | pelbagaian penghuni | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
occupier's return | penyata penghuni | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
desert island fiction | fiksyen pulau tanpa penghuni | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang menggunakan pulau yang terpencil sebagai latar tempat dan plot fiksyen tersebut. Dalam fiksyen atau cereka ini, pulau digunakan sebagai latar tempat, sesuai dengan kedudukannya yang terpencil dan jauh daripada dunia realiti. Fiksyen ini mengisahkan seorang watak utama yang tersadai di sebuah pulau yang terpencil. Watak tersebut menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan yang mengajarnya untuk mengenal diri. Dari segi sejarah, genre sastera ini lahir dan diperkenalkan oleh Defoe melalui karya Robinson Crusoe pada tahun 1719. Kemudian genre ini menjadi sesuatu yang universal dengan bentuk penceritaan atau plot yang hampir sama. Pada tahun yang sama, Defoe menerbitkan sambungan karyanya yang pertama berjudul The Further Adventure of Robinson Crusoe. Karya ini diadaptasikan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis dan Jerman, contohnya The Swiss Family Robinson (1814). Karya ini jug diadaptasikan ke dalam karya kanak-kanak seperti The Young Islanders (1841) karya J. Taylor. Dalam proses mengadaptasikan Robinson Crusoe, mempunyai beberapa persamaan dengan karya berjudul Hayy ibn Yaqzan oleh Ibn Tufayl, sasterawan Arab Andalus dari sudut latar tempat pulau dan tema pencarian diri. Dalam sesetengah karya, pulau dianggap tempat yang bersih, manakala dalam karya lain, pulau dianggap sudah tercemar. |
extended stay | inap bersambung | Pelancongan | Tiada | Penghuni yang melanjutkan tempoh menginap di sesuatu tempat. |
ghost town | bandar tinggal | Pelancongan | Tiada | Bandar lama yang ditinggalkan oleh penghuni kerana kehabisan sumber ekonomi untuk menampung kehidupan. |