Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngiÖ.ti.ra.fan]/[pe.ngik.ti.ra.fan] | ڤڠيعترافن

Definisi : 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngiÖ.ti.ra.fan]/[pe.ngik.ti.ra.fan] | ڤڠيعترافن

Definisi : perbuatan atau hal mengiktiraf; pengakuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iktiraf
Kata Terbitan : mengiktiraf, pengiktirafan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL)Pengiktirafan Pembelajaran berasaskan Pengalaman TerdahuluPengurusanTiadaKaedah untuk memberikan pengiktirafan kepada individu yang dapat membuktikan keterampilan seperti yang digariskan oleh Standard berdasarkan pengalaman dan pencapaian terdahulu.
Hall of FameBalai KemasyhuranKesenianTiadaTempat mempamerkan segala pengiktirafan, pencapaian dan sumbangan individu terkenal/tertentu dalam sesuatu aktiviti atau bidang tertentu.
shout-outucap seruUmumTiadaUcapan penghargaan, pujian atau pengiktirafan yang ditujukan kepada individu, kumpulan atau khalayak umum sama ada secara semuka atau secara langsung melalui media elektronik.
complimentary accommodationpenginapan percumaPelanconganTiadaPenginapan tanpa caj, biasanya diberikan sebagai pengiktirafan kepada pelanggan tetap atau pelanggan berulang.
celebrity chefcef selebritiUmumTiadaTukang masak mahir yang telah mencapai kemasyhuran dan pengiktirafan awam.
Wall of FameDinding KemasyhuranKesenianTiadaDinding yang dijadikan sudut khas untuk mempamerkan segala pengiktirafan, pencapaian dan sumbangan individu terkenal/tertentu dalam sesuatu aktiviti atau bidang tertentu.
inaugural poempuisi inugeralKesusasteraanTiadaSyarahan atau ucapan yang disampaikan dalam bentuk puisi pada majlis pengiktirafan. Contoh: Pengucapan Kemala dalam Majlis Penganugerahan Sastera Negara.
inequalityketaksamaanSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan tidak seimbang yang wujud dalam masyarakat dari sudut pendapatan, penguasaan ekonomi, kedudukan sosial, pemilikan jawatan dan kuasa politik. Situasi ini membentuk masyarakat yang berstruktur vertikal atau menegak berasaskan angkubah tersebut. Ketidakseimbangan ini juga mempengaruhi perolehan pendapatan, pengiktirafan, masa hadapan anak-anak, hubungan sosial serta pengiktirafan sosial seseorang. Ketaksamaan boleh berlaku selari dengan kedudukan kaum atau warna kulit tetapi lazimnya merentasi sesuatu kaum melainkan sesuatu dasar seperti aparteid dilaksanakan.
quasi-sovereign unitunit separa berdaulatSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan atau badan yang belum sepenuhnya berdaulat kerana masih tidak mendapat persetujuan antarabangsa untuk mengiktirafnya sebagai satu badan atau wilayah yang sah. Wilayah yang sedang berjuang seperti Taiwan, Chehnya dan Catalina (berdekatan Kanada) dianggap sebagai separa berdaulat. Mereka ini masih belum mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti PBB dan juga dari pemerintah pusat yang mendominasinya.

Kembali ke atas