cathode follower | pengikut katod | Fizik | Tiada | Litar yang terdiri daripada tiub vakum yang grid kawalan dan bumi untuk sambungan isyarat masukan, dan katod dan bumi untuk sambungan beban amplifier bumi-anod. Gambar rajah m/s 73 |
cam follower | pengikut sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen berbentuk bebola atau berpermukaan rata yang bersentuhan dengan aci sesondol dan bergelangsar dengan cuping sesondol. Apabila aci sesondol berputar, komponen ini akan memindahkan gerakan putaran aci sesondol kepada gerakan turun naik injap mengikut geometri cuping sesondol. |
fuel follower control rod (FFCR) | rod kawalan pengikut bahan api | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Rod kawalan yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian penyerap neutron dan bahagian bahan api nuklear. |
air follower control rod (AFCR) | rod kawalan pengikut udara | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Rod kawalan yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian bahan racun neutron dan bahagian udara mampat. Sinonim transient rod. |
epigone | epigon | Kesusasteraan | Puisi | Penyair yang menjadi pengikut salah seorang penyair atau sasterawan terkemuka, sebelumnya. |
allegiance | kesetiaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepatuhan atau taat setia oleh rakyat, pengikut atau penyokong terhadap pemerintah, ketua atau pemimpin masyarakat. Nilai ini bertunjang kuat dalam masyarakat feudal. Kepatuhan atau taat setia ini lazimnya bersifat tidak berbelah bahagi seperti yang terdapat dalam amalan penaung-dinaung. Asas kepada kesetiaan ini ialah kepentingan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Contohnya, nilai kesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau sultan seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu. |
cam lobe | cuping sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian ofset daripada paksi tengah aci sesondol yang bergelangsar dengan pengikut sesondol atau pengangkat injap untuk mengawal gerakan turun naik injap. |
constant-acceleration cam | sesondol pecutan malar | Kejuruteraan | Tiada | Sesondol yang digunakan untuk mengehadkan pecutan dan nyahpecutan pengikutnya, dengan pengikut mengalami pecutan malar untuk setengah pertama kembaranya dan nyahpecutan malar untuk setengah kedua kembaranya. |
aristocrat | golongan bangsawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat. |
transient rod drive assembly | himpunan pemacu rod fana | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pepasangan yang terdiri daripada komponen mekanikal, elektrik dan pneumatik yang direka bentuk untuk memacu pergerakan rod kawalan pengikut udara. |