import risk analysis (IRA) | analisis risiko import (IRA) | Perikanan | Akuakultur | Proses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut. |
control of importation | kawalan pengimportan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan terhadap produk import. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), hanya produk berdaftar yang boleh diimport oleh syarikat yang mempunyai lesen import yang sah. |
imported product | produk import | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang dibawa masuk dari luar negara. Pengimportan produk herba dan kosmetik untuk tujuan penjualan di pasaran perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. |
Dangerous Drug Act 1952 | Akta Dadah Berbahaya 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang memperuntukkan pengawalseliaan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan, dan penggunaan opium serta beberapa ubat atau bahan berbahaya yang lain. Akta ini turut membuat peruntukan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah. |
Poisons Act 1952 | Akta Racun 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. |
cancellation of authorisation | pembatalan kebenaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan kebenaran yang telah diberikan kepada pengilang, pengimport atau pemborong untuk pengilangan, pengimportan atau pemborongan sebarang produk herba. Di Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
in transit | dalam transit | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Barang atau produk dalam persinggahan sebelum sampai ke destinasi. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), dalam transit didefinisikan sebagai pengambilan atau penghantaran produk berdaftar dari mana-mana negara yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, udara atau air, sama ada mendarat atau tidak, dipindah atau tidak di Malaysia, dengan tujuan untuk dibawa ke negara lain sama ada dengan kaedah pengangkutan yang sama atau lain tidak tertakluk kepada kawalan pengimportan. |