photoionization detector | pengesan pemfotoionan | Kimia | Kimia Analisis | Pengesan kromatografi yang menggunakan foton dengan tenaga yang sesuai untuk menghasilkan pengionan lengkap bahan larut dalam gas pembawa lengai. Sumber utama pengionan ialah penyinaran ultra lembayung di dalam sel pengesan yang mengandungi katod berliang yang dilalui oleh gas penghantar dan zat larutan. |
ionization | pengionan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Proses yang berlaku apabila sinar pengion berinteraksi dengan bahan. Tenaga daripada sinaran tersebut digunakan untuk mengeluarkan elektron daripada atom atau molekul bahan bagi proses ini. |
ionising radiation | radiasi pengionan | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
ionising radiation | sinaran pengionan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinaran yang terdiri daripada zarah, sinar-X, atau sinar gama dengan tenaga yang mencukupi untuk menyebabkan pengionanan dalam medium yang dilaluinya. |
ionization constant | pemalar pengionan | Kimia | Kimia Analisis | Nisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada suatu bahan seperti asid atau bes terhadap aktiviti daripada molekul bahan itu yang tidak terurai. Bagi asid lemah HA, pemalar pengionannya, Ka diberikan oleh persamaan |
common ion effect | kesan ion sepunya | Kimia | Kimia Analisis | Kesan penurunan darjah pengionan sesuatu bahan apabila sebatian yang mudah mengion yang mengandungi salah satu daripada ion yang sedia ada dicampurkan ke dalam larutan itu. |
radiation buffer | penimbal sinaran | Kimia | Kimia Analisis | Logam yang mudah terion yang digunakan untuk menghalang pengionan suatu logam lain. |
radiation sterilisation | pensterilan sinaran | Herba | Tiada | Penghapusan mikroorganisma melalui pendedahan bahan mentah dan sediaan herba kepada sinaran pengionan seperti sinaran gamma dan partikel beta. |
attenuation coefficient | pekali pengecilan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena pengecilan yang terjadi apabila sinaran pengionan berinteraksi dengan bahan sehingga keamatan yang awal menjadi kurang apabila menembusi bahan tersebut. Pengecilan berlaku disebabkan oleh tindak balas kesan fotoelektrik, penyerakan Compton, dan penghasilan berpasangan. Pekali pengecilan linear boleh diterangkan melalui formula seperti yang berikut: I = I0e^μx, Dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, I0 ialah keamatan awal, μ ialah pekali pengecilan linear, dan x ialah ketebalan bahan. Lihat juga kesan fotoelektrik, penyerakan Compton, penghasilan berpasangan. |
screen effect | kesan skrin | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kesan yang diakibatkan oleh tindak balas sinaran pengionan dengan skrin yang digunakan dalam kaedah pengujian radiografi. Skrin ini biasanya diperbuat daripada plumbum yang digunakan untuk meningkatkan kualiti imej radiografi, terutamanya ketika tenaga sinaran yang lebih tinggi digunakan. Jika skrin tersebut tidak dijaga dengan betul, hal ini boleh mengakibatkan kecacatan pada radiograf yang terhasil. |