mediated narration | pengisahan bermediasi | Kesusasteraan | Tiada | Pengisahan yang meninggalkan kesan akan kehadiran pengisah atau penceritanya. Pengisahan bermediasi merupakan pengisahan yang nyata dan bukan terselindung, iaitu pengisahan yang mengutamakan diegesis dan pemberitahuan, lebih daripada mimesis. Lihat juga mimesis. |
narration | pengisahan | Kesusasteraan | Puisi | Penceritaan sesuatu, yang berkaitan dengan tokoh legenda dan mitos. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Syair Dandan Setia. |
etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung. |
screencast | rakam-siar skrin | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Teknik rakaman digital dan output skrin komputer yang merakam segala perubahan pada skrin dalam jangka masa tertentu yang ditambah baik dengan pengisahan audio untuk tujuan siaran pengajaran dan pembelajaran. |
real time | masa sebenar | Kesusasteraan | Tiada | Keselarian masa yang wujud antara jangka masa yang diambil untuk memerikan sesuatu peristiwa dengan jangka masa sebenar peristiwa itu berlaku. Masa sebenar berkontras dengan masa yang dirasai, iaitu pengalaman peredaran masa yang dibina bagi pihak pembaca menerusi konvensi pengisahan. Masa sebenar pernah digunakan sebagai salah satu teknik realisme dalam karya sastera. |
narratee | narati | Kesusasteraan | Tiada | Seseorang yang menjadi tumpuan pencerita dalam sesebuah karya. Karya mungkin mengandungi seorang narati atau beberapa orang narati yang dinyatakan dengan jelas dalam karya. Bagi sesetengah karya, narati berperanan selaku watak atau watak-watak dalam karya. Contohnya, dalam karya Joseph Conrad bertajuk Heart of Darkness, watak yang mendengar pengisahan oleh Marlow ialah narati kepada kisah yang diceritakannya. Narati merupakan seseorang atau watak yang hanya wujud dalam karya dan berbeza dengan khalayak pembaca atau khalayak yang sebenar. |
autobiography | autobiografi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dalam karya Julius Caesar berjudul Caesar�s Commentaries. Walau bagaimanpun, mulai kurun ke-16, bentuk autobiografi mendapat perhatian ramai, dan mula digunakan secara lumrah. Bentuk autobiografi yang dianggap terawal dihasilkan ialah Confessions oleh St. Augustine (397-399) yang mengisahkan renungannya tentang perkara yang bersifat rohaniah. Contoh lain yang terkenal ialah Grace Abounding To The Chief Of Sinners (1666) oleh John Bunyan. Autobiography oleh Benjamin Franklin (1766), Confessions oleh Jean-Jacques Rousseau (1781,1788), Dichtung und Wahrhett (Puisi dan Kebenaran) (1810-1830) oleh goethe, dan The Prelude (1850) oleh William Wordsworth. Contoh karya autobiografi dalam kesusasteraan Arab ialah Tawq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf oleh Ibn Hazm al-andalusi, manakala dalam sastera Turki ialah Boyle Gelmis Boyle Gitmez oleh Aziz Nesin. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat Hikayat Abdullah (1834) oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Contoh lain ialah Sejambak Kenangan oleh A. Samad Ahmad, dan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka. Autobiografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup sendiri�. Lihat juga bildungsroman, biografi, memoir. |