Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.khu.su.san] | ڤڠخصوصن

Definisi : perihal menjurus dlm se­suatu bidang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.khu.su.san] | ڤڠخصوصن

Definisi : hal atau perbuatan mengkhususkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkhususan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assembly linebarisan pemasanganEkonomiTiadaSistem pemasangan barangan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut pengkhususan kerja. Pekerja di setiap peringkat menjalankan tugas masing-masing dan kemudian menyalurkan barang tersebut ke peringkat berikutnya sehingga barang tersebut sampai ke peringkat yang terakhir.
administrativeadministratifSains PolitikPolitik PerbandinganPerkara yang bersifat pentadbiran yang dipertanggungjawabkan terhadap individu atau badan tertentu. Individu atau badan tersebut melaksanakan tugas mengikut peraturan pentadbiran yang mempunyai pengkhususan dari segi kerja, hierarki, kecekapan dan ketetapan waktu. Contohnya, tugas seorang Pegawai Daerah jelas bersifat administratif. Sinonim pentadbiran.
economies of scaleekonomi bidanganEkonomiTiadaPengurangan kos purata jangka panjang hasil daripada pengeluaran secara besar-besaran. Pengurangan kos ini berpunca daripada pembelian secara pukal, peningkatan daya pengeluaran hasil daripada pembahagian dan pengkhususan kerja, dan penggunaan teknologi dan pengurusan yang cekap.
internal economyekonomi dalamanEkonomiTiadaPenjimatan kos yang wujud hasil daripada operasi tertentu oleh firma yang hanya boleh dinikmati oleh firma itu sendiri. Misalnya, pembesaran operasi firma boleh mewujudkan ekonomi dalaman menerusi pembahagian dan pengkhususan kerja. Apabila firma mengalami ekonomi dalaman, keluk kos puratanya menurun.
location quotienthasil bahagi letakanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPeratus guna tenaga dalam suatu kategori pekerjaan bagi satu unit kawasan dibahagi dengan jumlah peratusan guna tenaga dalam kawasan yang sama. Kaedah ini digunakan untuk pengiraan pengkhususan sesuatu industri dalam satu wilayah.
alienationpengasinganSains PolitikPolitik PerbandinganProses yang membawa kepada terpisahnya individu daripada hasil pengeluaran apabila hak produk tersebut diberi kepada individu lain atau institusi tertentu. Dalam konteks revolusi industri, proses ini memisahkan individu dengan proses pengeluaran dan dunia kehidupannya kesan daripada pengkhususan kerja yang tinggi. Menurut Marx, buruh yang terpisah ini dianggap sebagai objek dalam Zaman Revolusi Perindustrian. Sinonim penyisihan.

Kembali ke atas