Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.o.la.han]/[pe.ngo.la.han] | ڤڠولهن

Definisi : perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.o.la.han]/[pe.ngo.la.han] | ڤڠولهن

Definisi : perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
olah2
Kata Terbitan : mengolah, pengolahan, pengolah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adaptationsaduranKesusasteraanPuisiPengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiadaPengolahan semula atau saduran semula karya ke dalam genre yang baharu.
nanomanipulationnanomanipulasiNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanProses pengolahan objek berskala nano dengan menggunakan nanoteknologi. Contohnya penggunaan AFM untuk mengolah nanostruktur seperti nanotiub dan nanokarbon untuk dijadikan litar elektrik.
discrete analysisanalisis diskretKimiaKimia AnalisisKaedah analisis yang melibatkan pengolahan seperti pencairan, penambahan reagen, dan pencampuran yang dilakukan secara berasingan dan berurutan pada sampel. Analisis ini digunakan dalam kawalan proses atau di makmal analisis. Kaedah ini juga dikenali sebagai analisis kelompok. bd. analisis selanjar.
idiosyncracyidiosinkrasiKesusasteraanPuisiAspek kejadian yang dapat dikesan pada pemikiran dan struktur pengolahan, umpamanya dalam pemilihan diksi, pembentukan frasa, pembinaan kalimat, penciptaan bahasa kiasan dan juga bentuk-bentuk, isual yang menjadi keperibadian penyair.
water resource managementpengurusan sumber airTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenerokaan, perancangan, pembangunan, pengolahan dan pengedaran yang optimum untuk memenuhi semua kegunaan dan keperluan pengguna. Pengurusan sumber air juga mengambil kira semua aspek keperluan jangka panjang di sesebuah negara.
organic formbentuk organikKesusasteraanTiadaBentuk sesebuah karya sastera yang dilahirkan daripada bahan tematik dan gagasan pengarang. Perkembangan sesebuah karya disamakan dengan pertumbuhan organisma yang hidup. Socrates pernah mengemukakan analogi antara perkembangan ujaran dengan pertumbuhan makhluk. Seterusnya, tokoh romantis dari Jerman dan Inggeris memperdalam analogi ini. Mereka berpendapat bahawa sesebuah karya berkembang seperti organisma hidup, daripada suatu konsep pokok. Bentuk yang berlawanan dengan bentuk organik ialah bentuk mekanikal. Pendekatan bentuk mekanikal mengemukakan dan peraturan yang dikenakan kepada pengarang dalam pengolahan bahan tematik.
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�.

Kembali ke atas