epigenomic analysis | analisis epigenomik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk mengkaji pengubahsuaian epigenetik pada genom. Pengubahsuaian tersebut dipengaruhi oleh faktor persekitaran, seperti pendedahan kepada bahan kimia dan radiasi, pemakanan dan gaya hidup. |
chemical modification | pengubahsuaian kimia | Buluh | Tiada | Pengubahsuaian sifat buluh menggunakan bahan kimia seperti anhidrida, isosianida dan asid karboksilik. Bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan kumpulan hidroksil (-OH) pada buluh dan mengubah sifat buluh menjadi lebih kuat dan berdaya tahan. |
epigenomics | epigenomik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kajian set lengkap pengubahsuaian kimia pada DNA di dalam sel tanpa melibatkan perubahan bes. Pengubahsuaian kimia pada DNA memainkan peranan penting dalam pengekspresan dan pengawalaturan aktiviti gen. Lihat juga epigenom. |
mythopoeia | cipta mitos | Kesusasteraan | Tiada | Pengubahsuaian bahan mitos atau pembikinan mitos peribadi secara sedar. Contoh pembikinan mitos peribadi boleh ditemui dalam sajak-sajak William Blake. Antara pengarang tempatan yang mengubah suai bahan mitor ialah Shahnon Ahmad dan cerpennya bertajuk �Wan Enpuk Wan Malini�. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �cipta mitos�. Cipta mitos dikenali juga sebagai serap mitos. |
electrodecantation | pengelektrosiringan | Kimia | Kimia Analisis | Pengubahsuaian teknik elektrodialisis. Di sini satu sel dibahagi kepada tiga bahagian oleh dua membran dan elektrod diletakkan pada bahagian-bahagian hujungnya. Bahan berkoloid akan dipekatkan di sisi dan dasar bahagian yang tengah. Manakala cecair yang timbul di permukaan di keluarkan. bd. elektrodialisis. |
acetylation treatment | rawatan pengasetilan | Buluh | Tiada | Pengubahsuaian sifat kimia buluh menggunakan asetik anhidrida (CH?CO)?O) untuk meningkatkan sifat tidak serap air atau hidrofobik, serta meningkatkan kestabilan dimensi dan rintang terhadap agen perosak. |
hellaflush | perendahan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang. |
hellaflush | perendahan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang. |
health adjustment | ubahsuai kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Tindakan pengubahsuaian corak hidup selaras dengan perubahan status kesihatan. |
environmental adaptation | penyesuaian alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pengubahsuaian ciri-ciri struktur, fisiologi atau tingkah laku setiap benda hidup secara individu atau kumpulan yang menjadikannya lebih sesuai dalam alam sekitar baharu, seterusnya meningkatkan peluang untuk bertahan hidup dan berjaya reproduktif. Proses ini berlaku secara perlahan dan tanpa disedari. |