Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.jian] | ڤڠوجين

Definisi : perihal menguji, pemeriksaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.jian] | ڤڠوجين

Definisi : perbuatan (hal, cara dsb) menguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
program testingpengujian atur caraTeknologi MaklumatPerisianSalah satu fasa pembangunan sistem yang memastikan sesuatu atur cara bebas daripada sebarang ralat dan memenuhi spesifikasi sistem. Contohnya, pengujian unit dan pengujian integrasi.
saturation testingpengujian ketepuanTeknologi MaklumatTiadaPengujian untuk memastikan komunikasi rangkaian beroperasi secara betul, dengan memindahkan kuantiti data dan mesej yang banyak terhadapnya.
alpha testingpengujian alfaTeknologi MaklumatPerisianProses pengujian yang dilakukan pada peringkat akhir pembangunan sistem sebelum sistem itu diterima untuk beroperasi. Sistem tersebut akan diuji dengan menggunakan data yang disediakan oleh pelanggan sistem dan bukannya menggunakan data simulasi. Ujian penerimaan berkemungkinan mendedahkan ralat dan keciciran dalam definisi keperluan sistem kerana ada ketikanya data sebenar menyebabkan sistem bertindak berlainan berbanding dengan data yang diuji. Ujian ini juga dapat mendedahkan masalah keperluan pengguna dan prestasi sistem itu sendiri. Sinonim ujian penerimaan.
nondestructive testingpengujian tanpa musnahGeologiTiadaSebarang kaedah pengujian yang tidak melibatkan pemusnahan sampel ujian.
seed testingpengujian biji benihPertanianAgronomi

Kaedah piawai untuk menguji kualiti biji benih. Pengujian ini termasuk ujian ketulenan, peratus percambahan, kedormanan dan peratus benda asing. Kaedah ini dikawal oleh badan berkuasa seperti International Seed Testing Association (ISTA) dan SIRIM. 

copy testingpengujian naskhah iklanKomunikasiKorporatSalah satu kaedah penyelidikan dan pengiklanan yang dilakukan untuk mengenal pasti atau memantau keberkesanan sesuatu iklan sebelum iklan sebenar dihasilkan. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap iklan sebenar yang dihasilkan akan meninggalkan impak yang mendalam terhadap khalayak. Selain pengujian naskhah iklan, terdapat pelbagai kaedah dan prosedur untuk menguji dan menentukan keberkesanan sesuatu iklan serta mengukur tahap penerimaan khalayak. Antara kaedah yang digunakan termasuklah kaedah tinjauan, uji kaji, maklum balas, dan temu bual. Kaedah pengujian naskhah iklan merupakan salah satu cabang ujian prapenerbitan yang kerap dilakukan dalam bidang lain selain ujian prasiaran rancangan yang baru diterbitkan. Melalui kaedah ini, naskhah ujian akan dipratontonkan kepada sekumpulan khalayak yang mempunyai ciri khalayak sasaran iklan berkenaan. Khalayak akan memberikan tindak balas, sama ada secara elektronik, lisan, bertulis, atau cara lain yang ditetapkan. Hasil ujian akan digunakan oleh pihak yang berka
rangebanjaran; julatKejuruteraanTiada1. Keupayaan jarak bagi pesawat udara, luncuran, senapang, radar atau penghantar radio.,2. Garis yang ditandai dua tanda bumi, digunakan untuk pengujian luncuran atau kenderaan, dan tujuan-tujuan pengujian yang lain.
fluorescent antibodyantibodi berpendarfluorSains ForensikTiadaAntibodi yang telah dilabelkan dengan pewarna berpendarfluor. Antibodi berpendarfluor digunakan untuk mengesan kehadiran antigen yang khusus terhadap antibodi ini. Melalui pengujian terhadap antigen tertentu, antibodi berpendarfluor boleh digunakan dalam pengujian forensik untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang darah seperti darah daripada orang dewasa atau darah kanak-kanak. Lihat juga pendarfluor.
testingpengujian; ujianKomputerTiadaTiada
testingpengujian; ujianLinguistikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas