rod pengukur | rod pengukur | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat dalam karburetor yang berbentuk jarum atau rod berlangkah kecil yang digunakan untuk membuka dan menutup lubang jet rod pengukur dan seterusnya mengawal aliran bahan api. Tindakan buka-tutup ini dipengaruhi oleh bukaan injap pendikit, beban enjin atau gabungan kedua-duanya. |
metering-rod jet | jet rod pengukur | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lubang dalam mangkuk apung karburetor yang berfungsi mengalirkan bahan api ke bahagian venturi untuk dicampurkan dengan udara pengambilan. Aliran bahan api ini dikawal oleh rod pengukur. |
oil level indicator | penunjuk aras minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang menunjukkan aras minyak pelincir yang sesuai dalam penakung minyak. Terdapat dua bentuk penunjuk aras minyak pelincir yang digunakan, iaitu pengukur celup dan kaca penglihatan. Bagi pengukur celup dan kaca penglihatan, terdapat tanda aras maksimum dan minimum. Aras minyak pelincir perlu dipastikan berada di antara dua aras ini bagi memastikan minyak pelincir tidak melebihi jumlah yang di- tentukan atau tidak terlalu kurang daripada had minimumnya. Sinonim pengukur celup. |
dipstick | pengukur celup | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat penunjuk aras minyak. |
environmental performance tool | pengukur prestasi alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Instrumen yang digunakan untuk mengukur prestasi alam sekitar. Contohnya, ISO 14001:2015 dan Ekopengurusan dan Skim Audit EU (EMAS). |
thermometer | termometer | Kejururawatan | Tiada | Alat pengukur suhu badan yang terdiri daripada termometer oral, rektal dan kulit. |
home ownership index | indeks pemilikan rumah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengukur yang menunjukkan perkadaran isi rumah yang memiliki rumah sendiri. |
housing affordability index | indeks kemampuan perumahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengukur yang menggambarkan keupayaan isi rumah yang berpendapatan median membuat pembayaran ke atas pokok dan faedah pinjaman bagi rumah tertentu yang terdapat dalam pasaran semasa. |
residential construction activity index | indeks aktiviti pembinaan perumahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengukur yang dinamik yang meneliti tahap pembinaan perumahan tahunan berbanding dengan perubahan penduduk sesuatu kawasan. Ia menunjukkan sama ada aktiviti pembinaan semasa mempunyai justifikasi atau akan hanya memburukkan lagi keadaan. |
calibration | tentukuran | Herba | Tiada | Satu set operasi yang ditetapkan di bawah keadaan tertentu untuk menguji ketepatan nilai yang diperoleh daripada suatu alat atau sistem pengukur berbanding nilai piawai rujukan. Tentukuran melibatkan pengukuran berat, perekodan data dan pengawalan atau nilai yang mewakili pengukuran bahan. Had penerimaan keputusan tentukuran biasanya telah ditetapkan. Tentukuran perlu dilaksanakan ke atas setiap alat radas, peralatan dan peranti yang digunakan dalam analisis kuantitatif. |