indeterminate error | ralat tak tentu | Kimia | Kimia Analisis | Ralat yang tidak dapat ditentukan dan tidak dapat dikawal. Ia biasanya mempunyai magnitud dan arah yang berubah-ubah daripada satu pengukuran dengan pengukuran yang lain. Ralat ini juga sebagai ralat rawak. |
gene expression measurement | pengukuran pengekspresan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Merujuk kepada ukuran paras produk gen, sama ada RNA atau protein. Kaedah pengukuran RNA yang biasa digunakan ialah teknik pemblotan Northern dan mikrotatasusunan. Manakala, contoh kaedah pengukuran protein yang biasa ialah teknik pemblotan Western dan ELISA. |
electroacoustic measurement | pengukuran elektroakustik | Sains Kesihatan | Tiada | Pengukuran prestasi alat bantu pendengaran dengan menggunakan peralatan khas. |
acoustic immitance measurement | pengukuran imitans akustik | Sains Kesihatan | Tiada | Pengukuran pergerakan tekanan bunyi (admitans) dan rintangan terhadap tekanan bunyi tersebut (impedans) yang dilakukan untuk menilai fungsi telinga tengah. |
acoustic impedance measurement | pengukuran impedans akustik | Sains Kesihatan | Tiada | Pengukuran nada bunyi yang dipantulkan oleh gegendang telinga. |
stapedius reflex measure | pengukuran refleks stapedius | Sains Kesihatan | Tiada | Pengukuran refleks otot stapedial pada telinga tengah apabila dirangsang oleh rangsangan akustik yang kuat. |
pregnancy diagnosis | diagnosis kebuntingan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah yang digunakan untuk mengetahui status kebuntingan haiwan. Pelbagai teknik mendiagnosis kebuntingan pada haiwan boleh dilakukan seperti pempalpatan rektum, pengukuran aras hormon, pengukuran aras protein awal kebuntingan dan pemeriksaan menggunakan pengimbas ultrabunyi. Penentuan kebuntingan pada peringkat awal haiwan amat penting dalam pengurusan haiwan. |
bathymetry | batimetri | Sains Marin | Tiada | Pengukuran kedalaman lautan, sungai atau tasik. Pengukuran ini dilakukan peta batimetri menggunakan garis untuk menunjukkan bentuk dan ketinggian ciri lantai lautan. Peta batimetri yang mirip seperti peta topografi bumi. |
calorimetry | kalorimetri | Kimia | Kimia Analisis | Teknik pengukuran kuantiti haba yang terhasil sewaktu berlakunya tindak balas kimia, perubahan keadaan jirim, atau pembentukan larutan. Kaedah ini juga digunakan untuk menentukan muatan haba tentu, dan nilai kalori bahan api. Unit asas pengukuran ini ialah joule atau kalori. |
positive-displacement meter | meter anjakan positif | Kejuruteraan | Tiada | Sinonim: meter isi padu. Peranti pengukuran kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sistem atau paip tempat peranti tersebut dipasang, iaitu digunakan sebagai meter aliran. Pengukuran dilakukan berdasarkan konsep sesaran atau anjakan bendalir, iaitu dengan mengisi dan mengosongkan kebuk yang mempunyai isi padu tertentu. Anjakan atau sesaran bendalir tersebut dilakukan dengan menggunakan omboh yang bergerak ke depan dan ke belakang, omboh berayun, bilah berputar, tangki yang secara automatik boleh diisi dan dikosongkan, dan sebagainya. |