Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.la.ngan] | ڤڠولڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.la.ngan] | ڤڠولڠن

Definisi : hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengulangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleonasmulang bazirKesusasteraanPuisiPenggunaan gaya pengulangan seperti pengulangan diksi, frasa, kalimat dan rangkap yang dianggap membazir atau tiada memberi makna kepada keseluruhansesebuah puisi. Walaupun tiada pengulangan dilakukan, makna atau penjelasan yang diberikan sebelumnya melalui diksi, frasa, kalimat atau rangkap itu sudah mencukupi. Sinonim makrologi, pleonasme.
alliterationaliterasiKesusasteraanPuisiPengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada awal perkataan yang berturutan. Pengulangan menimbulkan kesan keindahan bunyi . Contohnya, 'Kurenungi Kemumian Kehidupan' petikan puisi "Kurenungi" karya Jihaty Abadi. Dalam baris ini terdapat pengulangan bunyi konsonan /k/ pada setiap awal perkataan.
repetitionperulanganKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini
assonanceasonansiKesusasteraanPuisiPengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi. Contohnya, baris 'senyum tetamu melapah restu' iaitu petikan daripada puisi "Sirih Pinang" dalam kumpulan Bunga Waktu karya Ahmad Sarju. Sinonim runtun vokal.
repetitionpengulangan-TiadaPenggunaan sesuatu bahan terbitan yang berulang kali.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.
verbigerationverbigerasiPerubatanPsikiatriPengulangan perkataan atau frasa yang tidak bermakna.
perseverationperseverasiPerubatanPsikiatriPengulangan reaksi tertentu, seperti perkataan, frasa atau gerak isyarat yang biasanya disebabkan oleh kecederaan otak atau gangguan organik lain.
echolaliaekolaliaPerubatanPsikiatriPengulangan perkataan-perkataan yang telah dituturkan oleh orang lain secara tidak sedar.
consonancekonsonansKesusasteraanPuisiPengulangan abjad konsonan yang sama dan berdekatan dalam membentuk sesuatu frasa atau kalimat. Penggunaannya bertujuan untuk menimbulkan kesan keindahan bunyi. Contohnya, 'Kaulah Kandi! Kemerlap' petikan dari puisi "Padamu Jua" karya Amir Hamzah.
1234

Kembali ke atas