Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.cu.pan] | ڤڠونچوڤن

Definisi : perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.cu.pan] | ڤڠونچوڤن

Definisi : perihal menguncup atau menguncupkan: ~ berlaku ketika sejuk dan pengembangan berlaku ketika panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penguncupan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isotonic contractionpenguncupan isotonikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan isotonik menghasilkan daya yang tetap di sepanjang pergerakan. Kebanyakan lakuan dalam sukan seperti menendang bola, menanduk, melontar dan menangkap bola ialah hasil daripada penguncupan secara isotonik. Terdapat dua jenis penguncupan isotonik, iaitu penguncupan eksentrik dan penguncupan konsentrik. Lihat juga penguncupan eksentrik, penguncupan konsentrik.
stretch-shorten cyclekitaran pendek reganganSains SukanBiomekanikPenguncupan otot secara eksentrik dan kemudiannya diikuti oleh penguncupan otot secara konsentrik. Lihat juga penguncupan eksentrik, penguncupan konsentrik.
isometric contractionpenguncupan isometrikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang tidak melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan ini menghasilkan daya tetapi tidak menghasilkan pergerakan. Contohnnya, dalam acara larian pecut, semua otot pelari mengalami penguncupan isometrik ketika mengawal postur antara tempoh �bersedia� dengan tembakan pelepas.
isokinetic contractionpenguncupan isokinetikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang melibatkan peningkatan ketegangan yang sama di sepanjang julat pergerakan. Penguncupan isokinetik tidak berlaku secara semula jadi tetapi dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju pergerakan tersebut. Contohnya, penguncupan isokinetik berlaku ketika fisioterapi atau ketika menggunakan peralatan khusus di gimnasium.
eccentric contractionpenguncupan eksentrikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang menyebabkan pemanjangan saiz otot. Contohnya, pergerakan semasa menurunkan dumbel.
concentric contractionpenguncupan konsentrikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang menyebabkan pemendekan saiz otot. Contohnya, pergerakan semasa mengangkat dumbel.
anisometrictak isometrikSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan penguncupan otot yang tidak melibatkan isometrik. Lihat juga penguncupan isometrik.
deflationdeflasiEkonomiTiadaKeadaan apabila tingkat harga umum jatuh secara berterusan untuk beberapa waktu. Deflasi biasanya dikaitkan dengan penguncupan penawaran wang dan kredit, dan selalunya terjadi semasa penguncupan ekonomi.
fibrillationfibrilasiKejururawatanTiadaDenyutan jantung yang cepat dan tidak beritma yang mengakibatkan otot jantung tidak dapat mengekalkan penguncupan yang segerak dan kemudiannya menyebabkan jantung terhenti. Keadaan ini boleh berlaku semasa penguncupan atrium atau ventrikel.
eccentriceksentrikSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan pemanjangan otot secara aktif semasa penguncupan.
12

Kembali ke atas