double decomposition | penguraian ganda dua | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Tindak balas penguraian antara dua sebatian yang berlaku dalam larutan. Setiap sebatian saling bertukar tempat untuk membentuk dua sebatian baharu melalui proses pertukaran ion/radikal. Tindak balas ini terdiri daripada dua jenis iaitu tindak balas pemendakan dan tindak balas neutralisasi. Pepejal akan terbentuk hasil daripada tindak balas pemendakan. |
protein catabolism | katabolisme protein | Perikanan | Akuakultur | Penguraian protein menjadi sebatian yang lebih ringkas seperti asid amino dan ammonia yang membebaskan tenaga. Proses ini sentiasa berlaku dalam tisu. Protein akan diuraikan untuk menghasilkan tenaga apabila berada dalam keadaan sumber tenaga yang amat kurang. Ammonia yang terhasil kemudiannya dikumuhkan dalam bentuk urea dan asid urik melalui ginjal. Penguraian protein juga boleh berlaku pada tisu lama untuk penggantian tisu baharu. |
decomposition potential | keupayaan penguraian | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan minimum yang diperlukan untuk elektrolisis berlaku berterusan. |
thermolysis | termolisis | Fizik | Nanoteknologi | Penguraian satu sebatian kimia kepada dua atau lebih sebatian dengan membekalkan tenaga haba. Proses termolisis digunakan untuk membuat nanozarah kation logam, molekul anion atau sebatian organik logam. Contohnya, nanozarah litium dihasilkan menerusi termolisis litium azida (LiN3). |
catabolism | katabolisme | Kejururawatan | Tiada | Penguraian kimia molekul-molekul kompleks kepada yang lebih ringkas disertai dengan pembebasan tenaga. |
pyrolisis | pirolisis | Kimia | Kimia Analisis | Penguraian kimia yang disebabkan oleh tindakan haba. |
photodegradation | pemfotouraian | Kimia | Kimia Analisis | Penguraian sebatian oleh tindak balas fotokimia. Proses ini juga dikenali sebagai fotolisis. |
proteolysis | proteolisis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penguraian protein kepada polipeptida atau asid amino yang lebih kecil. Proteolisis lazimnya termangkin oleh enzim sel yang dikenali sebagai protease, tetapi boleh juga berlaku secara pencernaan intramolekul. |
herbal fermentation | penapaian herba | Herba | Tiada | Proses penguraian komponen organik, terutama karbohidrat oleh tindakan enzim atau mikroorganisma. Penapaian herba dilakukan untuk menyingkirkan rasa pahit atau tidak enak, atau untuk menghasilkan komponen kimia beraroma yang mempunyai bau dan rasa yang menyenangkan. Contohnya, penghasilan teh hitam dan ekstrak vanila. |
acid hydrolysis | hidrolisis asid | Herba | Pemiawaian | Proses penguraian atau pemisahan ikatan kimia dalam sebatian tertentu dengan menggunakan pemangkin asid protik. Contohnya, sebatian piawai kuersetin dalam produk herba lengkuas (Alpinia galanga) yang kaya dengan flavonoid dapat ditentukan dengan melakukan hidrolisis asid. |