Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nia.ga] | ڤنياݢ

Definisi : 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nia.ga] | ڤنياݢ

Definisi : orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa ber­kong­si dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
road risk insuranceinsurans risiko jalan rayainsuransTiadaInsurans peniaga motor yang melindungi kenderaan di atas jalan raya atau semasa dalam perjalanan. Polisi ini tidak melindungi kenderaan di premis peniaga.
pre-register carkereta pradaftarPentadbiran PerniagaanTiadaKereta yang telah didaftarkan kepada peniaga, syarikat pengedar atau broker tetapi tidak pernah dimiliki atau dipandu oleh orang awam.
pre-register carkereta pradaftarPentadbiran PerniagaanTiadaKereta yang telah didaftarkan kepada peniaga, syarikat pengedar atau broker tetapi tidak pernah dimiliki atau dipandu oleh orang awam.
maximum value insuranceinsurans nilai maksimuminsuransTiadaSistem yang digunakan dalam insurans kebakaran untuk beberapa peniaga yang jumlah diinsuranskan ke atas stok merupakan amaun maksimum berisiko. Diskaun untuk premium dibenarkan tetapi tidak ada penyelarasan dibuat jika nilai stok lebih rendah daripada nilai maksimum.
middle classkelas menengahSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan.
alienorang asingSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia.
extra expense insuranceinsurans belanja tambahaninsuransTiadaPembayaran balik kepada insured atas belanja tambahan berpatutan yang ditanggung untuk meneruskan operasi sesebuah perniagaan apabila harta ditetapkan telah rosak akibat peril yang dilindungi oleh kontrak. Insurans ini biasanya digunakan oleh peniaga apabila penerusan operasi, tanpa mengambil kira perbelanjaan, adalah perlu. Contoh: kedai dobi, bank atau lain-lain bidang perkhidmatan.
socialistsosialisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam.
recessionkemerosotanSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan ekonomi sesebuah negara yang sedang mengalami kemerosotan atau kegawatan. Dalam keadaan ini, pendapatan negara jatuh dengan ketara, tingkat eksport negara merosot, nilai wang jatuh, kadar kemiskinan dan stagflasi bertambah. Aktiviti perniagaan menjadi lemah apabila semakin banyak perniagaan terpaksa ditutup kesan daripada pulangan yang tidak memberangsangkan. Pertambahan bilangan peniaga yang bankrap menyebabkan kadar pengangguran dan pemberhentian pekerja meningkat. Keadaan ini memberi impak kepada perkembangan politik sesebuah negara. Contohnya, kemelesetan ekonomi Asia pada tahun 1997- 1998 telah mencetuskan krisis politik dalaman negara Indonesia dan Malaysia. Sinonim kemelesetan.
isolationistpemencilSains PolitikPolitik PerbandinganNegara atau kelompok masyarakat yang bertindak memisahkan hubungannya dengan negara, masyarakat dan badan dunia lain. Dasar luarnya tidak menyentuh pihak lain dan tidak juga menjemput perwakilan luar datang ke tempatnya. Bagi negara yang mengamalkan pemencilan ini, mereka tidak menganggotai sebarang pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Opec, Nato atau Komanwel. Tujuan pemisahan ini dilakukan kerana ideologi, budaya dan keselamatan. Contohnya, Republik Rakyat China telah lama menutup pintu terhadap kemasukan delegasi atau peniaga negara lain sejak menjadi komunis. Perubahan dasar China hanya berlaku pada dekad 1980-an.
12

Kembali ke atas