oppression | penindasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menguasai dan mengambil keuntungan oleh pihak yang lebih berkuasa terhadap golongan yang lebih lemah. Golongan berkuasa melakukan pemerasan dengan memerah tenaga buruh atau mendapatkan sebarang khidmat golongan lemah untuk kepentingan mereka. Penindasan boleh berlaku dalam pelbagai aspek seperti politik, budaya, ekonomi, sosial dan pendidikan. Melalui penindasan ini, golongan atasan mendapat keuntungan yang tinggi manakala golongan bawahan hidup dengan lebih terhimpit, tidak diberi peluang yang sama, hak yang sepatutnya dan disekat kebebasan berpolitiknya. Contohnya, golongan Kulak (Rusia), Zamindar (India), Komprador (Amerika Latin) dan Kapitalis (Great Britain) menindas golongan buruh dan petani dalam masyarakat masing-masing. |
repression | penindasan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
gene repression | penindasan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses yang mengawal pengekspresan gen dengan cara mengawal suis buka dan tutup gen. |
gene suppression | perencatan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pengawalaturan pengekspresan di dalam sel untuk menghalang pengekspresan gen tertentu. Penindasan gen berlaku sewaktu proses transkripsi atau translasi. |
civil war | perang saudara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992. |
blues | blues | Kesusasteraan | Tiada | Lagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka. |
populist group | kumpulan populis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok yang berjuang untuk kepentingan golongan bawahan atau orang kebanyakan. Gerakan ini sering menggunakan isu kesusahan golongan tani, buruh dan pekerja bawahan lain untuk mendapatkan sokongan daripada golongan popular ini. Isu pekerjaan dan tempat kerja, perumahan dan kesesakan, pendapatan dan kemiskinan serta isu penindasan dan kebebasan merupakan isu utama yang dilaungkan oleh kelompok ini. Kumpulan populis berkembang di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19 yang banyak berjuang untuk kepentingan golongan tani. Contohnya Parti Populist yang dibentuk pada tahun 1892 di Amerika Syarikat. |
sociological novel | novel sosiologikal | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memaparkan masalah sosial atau politik dalam sesuatu masyarakat atau kehidupan. Tekanan persekitaran biasanya mempengaruhi watak dan peristiwa dalam novel ini. Novel sosiologikal juga memaparkan masalah sosiopolitik di samping menyarankan pembaharuan dan perubahan bagi menangani setiap permasalahan tersebut. Contohnya novel bertajuk Empangan oleh Zakaria Ali. Novel ini mendedahkan penindasan golongan korporat gergasi terhadap kelas bawahan dan orang kampung. Lihat juga kritikan sosial. |
social justice | keadilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Layanan saksama yang diberikan kepada setiap individu atau masyarakat tanpa mengira kaum, daerah atau keturunan. Semua kaum memiliki kedudukan yang sama di bawah pentadbiran kerajaan, undang-undang atau kebajikan. Setiap kelompok memiliki kebebasan untuk hidup aman, bekerja, mengamalkan agama dan menggunakan bahasanya sendiri tanpa larangan, sekatan atau sebarang gangguan. Kebanyakan parti sosialis meletakkan prinsip asas mereka kepada perjuangan keadilan sosial kerana menolak sebarang penindasan oleh golongan atasan. |
repression | penekanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk. |