Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ni.puan] | ڤنيڤوان

Definisi : 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.puan] | ڤنيڤوان

Definisi : 1 perbuatan atau hal menipu. 2 kejadian menipu: Polis sedang menyiasat ~ yg dilaporkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Peribahasa

Yang bingung makanan yang cerdik,
     yang tidur makanan yang jaga.

Bermaksud :

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khiyar khiyanatpilihan khianatPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli apabila wujud penipuan dalam akad jual beli amanah. Contohnya, penipuan yang terbukti dalam akad jual beli meliputi unsur gharar pada barangan jual beli, penipuan terhadap kecacatan barangan dan penipuan kos barangan. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, pembeli mempunyai hak untuk meneruskan atau menamatkan urus niaga. Manakala mengikut mazhab Syafii dan Hambali, pembeli tidak mempunyai hak untuk memilih tetapi berhak menuntut pengurangan harga berdasarkan jenis pengkhianatan.
taghrirpenipuanPerniagaan IslamTiadaPerihal memujuk individu dengan cara yang salah supaya melaksanakan akad. Contohnya, memujuk bakal pembeli dengan memberi gambaran yang tidak benar sehingga menyebabkan satu pihak bersetuju untuk berakad. Penipuan boleh berpunca daripada pihak penjual, pembeli atau orang tengah. Sekiranya wujud kerugian yang besar akibat penipuan, maka pihak yang tertipu diberi hak khiyar kecuali penipuan yang melibatkan harta anak yatim, wakaf dan baitulmal.
falsificationpelancungan; pemalsuan; penipuanPentadbiran PerniagaanTiadaPelancungan: Penipuan ke atas dokumen sama ada setem atau kiriman wang.
blanket crime policypolisi jenayah menyeluruhPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi yang memberi perlindungan untuk ketidakjujuran pekerja, kehilangan wang dan sekuriti di dalam dan di luar premis yang dilindungi, penipuan oleh pendeposit, penipuan dan kehilangan wang pos.
fraud bondbon penipuanPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans perniagaan ke atas kerugian yang disebabkan oleh penipuan.
romance scampenipuan cintaKriminologiTiadaHelah secara romantik yang melibatkan seorang mangsa untuk mendapatkan cinta bagi melakukan penipuan seperti wang, akaun bank, kad kredit, pasport, akaun e-mel, atau nombor kad pengenalan.
computer fraudpenipuan komputerTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori jenayah yang melibatkan perbuatan seperti pemalsuan data, cubaan memanipulasi data input, output atau keputusan, atur cara aplikasi, fail data, komunikasi, perkakasan komputer dan perisian komputer, penipuan urus niaga atau pencurian identiti dalam sistem komputer bagi meraih keuntungan.
fraudulentpenipuanPentadbiranTiadaTiada
fraudulentpenipuanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
computer fraudpenipuan komputerTeknologi MaklumatTiadaPerihal menukar data berasas komputer secara sengaja untuk kepentingan sendiri.
12345

Kembali ke atas