student tracking system | sistem penjejakan pelajar | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian sokongan yang membolehkan organisasi mengesan, merekod dan menganalisis maklumat kemajuan tahunan pembelajaran pelajar serta memantau aktiviti pembelajaran dalam talian yang sedang diikuti. Sistem ini digunakan untuk memberikan gambaran sebenar pencapaian pelajar kepada pihak berkepentingan dalam membuat keputusan, cadangan dan tindakan susulan yang bersesuaian. |
route transcription | transkripsi hala | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Senarai yang dijanakan oleh perisian penjejakan hala seperti tracert yang menunjukkan alamat IP bagi setiap peranti penyambungan yang terlibat dalam penghantaran paket daripada sistem punca ke sistem destinasi. |
learning management system (LMS) | sistem pengurusan pembelajaran (LMS) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian aplikasi untuk pengurusan, pendokumentasian, penjejakan, pelaporan dan penyampaian kursus pendidikan atau program latihan. Contohnya, EDMODO, SOCRATIVE, ATUTOR dan MOODLE. Banding sistem pengurusan kandungan pembelajaran (LCMS). |
radiology information system (RIS) | sistem maklumat radiologi (RIS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem teras bagi pengurusan imej radiologi secara elektronik. Fungsi utama RIS termasuk pengurusan pesakit, temu janji, penjejakan imej, pengurusan bil dan penjanaan laporan. RIS melengkapi sistem maklumat hospital (HIS) dan sistem komunikasi dan pengarkiban gambar (PACS) untuk amalan kerja radiologi yang cekap. |
pattern recognition | pengecaman corak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembelajaran mesin yang mengecam corak dan kelaziman dalam data. Kaedah ini biasanya diaplikasikan dalam analisis data statistik, pemprosesan isyarat, analisis imej, penjejakan maklumat bioinformatik, pemampatan data dan perkomputeran grafik. |
metadata | metadata | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Set data yang dihasilkan daripada analisis ke atas pelbagai maklumat molekul dalam organisma, yang menerangkan dan menyediakan perincian yang mendalam tentang permasalahan biologi yang dikaji. Metadata akan digunakan untuk memudahkan penjejakan dan analisis data yang spesifik. |
Gypsy verification environment | persekitaran penentusahan Gipsi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Unitiliti pengaturcaraan bersepadu untuk bahasa pengaturcaraan Gipsi untuk membantu reka bentuk dan pengaturcaraan. Persekitaran ini digunakan untuk menghuraikan keperluan fungsian perisian yang dibangunkan, membantu penulisan kod atur cara, dan mengesahkan hasil pengaturcaraan. Utiliti bersepadu yang digunakan dalam persekitaran ini mengandungi sebuah penyunting kod, pemproses spesifikasi, penjana kriteria pengesahan, pembukti teorem, dan alat penjejakan aliran maklumat. |