Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab per­buatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keterangan yg lebih lanjut: Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2 perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3 penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rationalizationrasionalisasiSains PolitikPolitik PerbandinganPenjelasan pemikiran yang diterima akal, logik, berasaskan kepada hubungan sebab-musabab dan saintifik. Walau bagaimanapun, penjelasan ini tidak semestinya benar tetapi logik yang digunakan dapat diterima oleh fikiran pendengar. Penjelasan yang rasional ini kadangkala boleh bersifat negatif tetapi apabila dilahirkan secara munasabah, ia boleh mempengaruhi pemikiran seseorang. Ahli falsafah Immanuel Kant sering menggunakan rasionalisasi dalam penjelasannya berhubung dengan sesuatu perkara. Sinonim rasional.
critical theoryteori kritikalSains PolitikPolitik PerbandinganRangkaian teori yang menyediakan alat analisis dan asas etika yang perlu untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang terselindung dalam masyarakat. Teori ini memberikan penjelasan konseptual yang mengambil kira pelbagai dimensi politik, ekonomi dan sosial dalam memberikan penjelasan dan penghuraian sesuatu fenomena sosial. Teori kritikal cuba mendedahkan masyarakat kepada fakta yang wujud dan mesti difahami oleh masyarakat berhubung dengan alam sosialnya. Teori ini mempunyai perkaitan idea dengan pemikiran Karl Marx, tetapi kemudiannya telah diubah suai oleh kelompok pemikir dari Sekolah Pemikiran Frankfurt, Jerman pada tahun 1923. Antara tokoh pemikir terulung aliran ini ialah Max Horkheimer (1895- 1973) dan Jurgen Habermas.
amplificationamplifikasiKesusasteraanTiadaPenjelasan tambahan terhadap pernyataan melalui huraian yang berlebih-Iebihan sehingga makna asal terpesong.
amortizationpelunasanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKaedah penjelasan hutang melalui pembayaran berkala.
commentaryulasanKesusasteraanTiadaHuraian atau ulasan yang mengandungi penjelasan atau kritikan ke atas sesuatu hasil seni.
video annotationanotasi videoTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu metadatum seperti hantaran, penjelasan dan penandaan yang dipasangkan pada video untuk memberikan penerangan teks kepada video.
annotationanotasi-TiadaCatatan yang ditambah pada teks atau bahan grafik untuk memberikan penjelasan atau ulasan lanjut.
sinking funddana terikatEkonomiTiadaDana yang diperuntukkan untuk pembayaran semula hutang seperti penjelasan bon, sama ada secara ansuran atau sekali gus pada tarikh matang hutang itu atau untuk elaun susut nilai. Sementara menunggu kematangan hutang, tunai dari dana ini boleh juga dilaburkan di pasaran wang.
orthodoxyfaham ortodoksSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.
12

Kembali ke atas