Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jel.ma.an] | ڤنجلماءن

Definisi : 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, per­wujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jel.ma.an] | ڤنجلماءن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menjelma atau menjelmakan: ~nya menjadi harimau tidak diketahui oleh isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjelmaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
animationanimasiTeknologi Maklumate-PembelajaranPenjelmaan ilusi pergerakan yang memaparkan jujukan imej statik dengan kadar yang cepat. Imej ini terdiri daripada lukisan, gambar, bahan atau objek yang dimanipulasikan untuk menghidupkan sesuatu penceritaan. Dalam persekitaran e-pembelajaran, animasi sangat berguna untuk mendemonstrasikan sesuatu produk atau proses bekerja bagi merapikan penjelasan dan menarik minat pelajar.
bioenergeticsbioenergetikBiologiTiadaAliran tenaga di dalam ekosistem, iaitu kajian tentang penjelmaan tenaga dalam organisma hidup.
bioenergeticsbioenergetikPerubatanTiadaAliran tenaga di dalam ekosistem, iaitu kajian tentang penjelmaan tenaga dalam organisma hidup.
hierophanyherofaniKesusasteraanTiadaSuatu manifestasi yang menakjubkan dan kudus. Apabila manifestasi dizahirkan melalui objek alam atau manusia, manifestasi disebut sebagai �elementary hierophany�. Jika manifestasi dizahirkan melalui penjelmaan kehadiran Tuhan, manifestasi itu disebut sebagai �supreme hierophany�. Manifestasi ini dikaitkan dengan karya sastera yang bertemakan mistisisme dan tasawuf. Istilah herofani dikemukakan oleh Mircea Eliade. Lihat juga numina.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.
motivemotifKesusasteraanTiadaUnit tema terkecil dalam sesebuah cerita atau naratif. Motif harus dibezakan dengan tema yang merupakan unit semantik yang lebih abstrak dan umum yang biasanya terdiri daripada beberapa motif. Motif mungkin berupa sesuatu kejadian, sifat atau watak. Dalam cerita pari-pari atau lipur lara, penjelmaan ialah satu motif, begitu juga pembuangan, fitnah, fakir, ibu tiri dan sebagainya. Motif yang berulang-ulang dalam sesebuah naratif disebut sebagai leit-motif. Istilah ini dalam bahasa Jerman bermaksud motif panduan.

Kembali ke atas