Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jua.lan] | ڤنجوالن

Definisi : 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jua.lan] | ڤنجوالن

Definisi : perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjualan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
control of salekawalan penjualanHerbaPeraturan dan PemasaranKawalan yang dikenakan ke atas penjualan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh menjual sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dijual. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk menjual sebarang produk.
supply chainrantaian bekalanPerniagaanTiadaKeseluruhan proses pembuatan dan penjualan barang-barang komersial, termasuk setiap peringkat daripada pembekalan, pengilangan, pengedaran dan penjualan.
commodity exchangebursa komoditiEkonomiTiadaInstitusi yang melaksanakan kontrak pembelian dan penjualan komoditi, dan menentukan peraturan secara serta-merta, atau terutamanya secara ke depan. Kontrak pembelian dan penjualan ini menentukan harga, jumlah, mutu, dan syarat-syarat penyerahan komoditi tersebut. Lihat juga pasaran ke depan, pasaran semerta.
sale"off-plan"penjualan ikut pelanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
sale by auctionpenjualan lelongPenilaian Harta TanahTiadaTiada
power of salekuasa penjualanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
exporteksportEkonomiTiadaPenjualan barang dan perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan, dan insurans.
visual merchandisingperdagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.
retail merchandisingperdagangan runcitPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan barang dagangan dengan cara peruncit, jenama atau syarikat produk lain menjadikan barang dagangan mereka tersedia di kedai. Perdagangan runcit merangkumi pelaksanaan dan strategi yang meliputi pemilihan produk, penempatan produk, reka bentuk paparan, dan teknik lain. Tujuan perdagangan runcit adalah untuk menggalakkan pelanggan membuat pembelian barangan secara terus dari kedai.
wholesale merchandisingperdagangan borongPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan produk dalam kuantiti yang banyak, biasanya bertujuan untuk dijual semula kepada pedagang lain.
1234

Kembali ke atas