Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ju.ru] | ڤنجورو

Definisi : pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) pen­juru yg luasnya 90º. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ju.ru] | ڤنجورو

Definisi : 1. sl polis, perajurit; 2. sl gagah berani, pemberani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ju.ru] | ڤنجورو

Definisi : tempat bertemunya dua garisan (permukaan, sempadan); kawasan di antara dua garisan dll yg bertemu; sudut. empat ~ alam utara, selatan, timur dan barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penjuru (kata nama)
Bersinonim dengan sudut, bucu, segi, sanding, jokir, penahap;,
Kata Terbitan : berpenjuru,

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang di dalam;
Sama susut sama rindu,
     Sama tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patchtampalanKesenianHiasan DalamanKerja pembaikan yang dilakukan terhadap tapak yang cacat dengan meletakkan sekeping kayu daripada jenis yang sama tanjakan telur dan damak dan dicantumkan secara rapi ke atas kecacatan yang telah dikenal pasti sebelumnya. Penjuru-penjuru kayu tersebut harus dipotong dengan teliti dan kemas serta dipasang secara tepat tanpa sebarang renggangan.
arrissandingKesenianHiasan DalamanSisian tajam pada penjuru atau bucu yang terhasil daripada pertemuan dua permukaan.
breakfast nooksudut sarapanKesenianTiadaRuang kecil di bahagian penjuru dapur yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk mewujudkan suasana santai ketika menikmati sarapan pagi. Ruang kecil di dapur yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk menikmati hidangan ringan dalam suasana santai. Ruang ini lazim digunakan untuk sarapan. (pemurnian 15/9)
crop marktanda repang-TiadaGaris melintang dan menegak bersudut tepat di bahagian penjuru atas dan bawah bagi menandakan sempadan halaman. Sinonim trim mark.
corner judgepengadil sudutSukanLumba BasikalPegawai yang ditugaskan di selekoh atau penjuru,dalam perlumbaan balapan atau litar jalan raya.

Kembali ke atas