Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.sto.ran] | ڤنستورن

Definisi : perihal menstor(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.sto.ran] | ڤنستورن

Definisi : perihal atau perbuatan menyimpan (di dlm stor). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penstoran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
storage areakawasan penstoranHerbaTiadaSuatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Kawasan penstoran ini perlu diurus, diselenggara, dipantau dan dijaga kebersihannya dengan baik bagi menghalang kemerosotan kualiti bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Persekitaran stor seperti suhu, lembapan dan sinaran cahaya juga perlu dikawal menurut kesesuaian bahan dan sediaan herba. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba perlu dilabel dan disimpan mengikut jenis masing-masing. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba disimpan mengikut turutan untuk memastikan putaran stok yang berkesan. Akses ke kawasan ini juga perlu dikawal untuk mengelakkan pencemaran dan pencerobohan.
long-term stability testingujian kestabilan jangka panjangHerbaPeraturan dan PemasaranUjian yang dilakukan untuk menentukan kestabilan produk herba dalam keadaan penstoran yang ditetapkan bagi menentukan tempoh ujian semula atau tempoh simpan. Keadaan penstoran yang ditetapkan adalah seperti suhu bilik 30°C ± 2°C dan kelembapan 65% ± 5 atau 25°C ± 2°C dan 60% ± 5. Kebiasaannya, kekerapan ujian dijalankan setiap 3 bulan pada tahun pertama, 6 bulan pada tahun kedua, dan 12 bulan pada tahun yang berikutnya.
restorationpemulihan; penstoran semulaPerubatanTiadaProses menggantikan struktur gigi yang telah musnah, tiada atau berpatologi dengan bahan lain.
restorationpemulihan; penstoran semulaSosiologiTiadaTiada
instructional storagepenstoran berarahanKejuruteraanTiadaTiada
restorationpemulihan; penstoran semulaUndang-undangTiadaTiada
restorationpemulihan; penstoran semulaSejarahTiadaTiada
restorationpemulihan; penstoran semulaKesenianTiadaTiada
vaccine storagepenstoran vaksinKejururawatanTiadaPenyimpanan vaksin dalam lingkungan suhu 2�C hingga 8�C untuk mengekalkan potensinya.
controlled atmosphere storagepenstoran atmosfera terkawalPertanianAgronomi

 Kaedah menyimpan bahan tuaian seperti bijirin, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan bilik atau kebuk yang dikawal persekitarannya dari segi suhu, kelembapan dan komposisi gas udaranya. Komposisi gas termasuklah kepekatan oksigen, nitrogen dan karbon dioksida. Bagi bijirin dan kacang, tujuan kawalan ialah untuk mengelakkan serangan serangga dan keadaan atmosfera yang diberikan ialah suhu dan kelembapan rendah di samping karbon dioksida yang tinggi. Keadaan ini akan menghindarkan kehidupan serangga dan kulat. Untuk buah-buahan dan sayur-sayuran, kawalan ini bertujuan untuk merendahkan kadar metabolisme bahan yang disimpan supaya dapat mengekalkan keadaan segar dalam tempoh yang lama. Suhu biasanya direndahkan, gas oksigen dikurangkan manakala gas karbon dioksida ditingkatkan. Kelembapan udara ditingkatkan untuk mengurangkan kehilangan air dari buah atau sayur yang disimpan. Kadar respirasi buah atau sayur akan menurun, sekali gus menyekat proses penuaan dan kerosakan. 

123

Kembali ke atas