restructuring | penstrukturan semula | Pengurusan | Perancangan | Tindakan oleh pengurusan atasan untuk mengubah struktur asas sesebuah organisasi. Tujuan penstrukturan semula dilakukan adalah untuk meningkatkan daya saing dan kecekapan operasi organisasi. Penstrukturan semula boleh dilakukan terhadap sebahagian atau keseluruhan struktur organisasi. Contoh penstrukturan semula organisasi ialah perubahan struktur penjabatanan daripada mengikut fungsi kepada penjabatanan mengikut produk. Lihat juga penjabatanan. |
administrative restructuring | penstrukturan semula pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan sesebuah organisasi dalam menyusun atur dan mengemaskini semula sistem pentadbiran yang sedia ada kepada satu struktur baru yang lebih sistematik. Penstrukturan semula pentadbiran melibatkan penyusunan kakitangan, penggunaan teknologi terkini, penerapan nilai baru, perancangan strategik, pengurusan saintifik, dan pengembangan kerjaya. Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi dalam melaksanakan sesuatu bidang tugas serta meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan. |
restructuring | penstrukturan semula | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah pengurusan organisasi yang dirombak dan disusun semula berdasarkan sistem pengurusan korporat. Biasanya, kaedah ini diguna pakai apabila timbul sesuatu masalah misalnya masalah kewangan dalam sesebuah organisasi, kakitangan yang tidak produktif, pengambilalihan pengurusan baru, masalah korupsi, kebankrapan dan sebagainya. Tujuan utama penstrukturan semula adalah untuk mewujudkan sistem pengurusan yang lebih cekap, sistematik dan menguntungkan. Kaedah ini boleh melibatkan penjualan bahagian-bahagian syarikat, pengurangan kakitangan yang tidak produktif, penggunaan teknologi baru, peningkatan infrastruktur dan kemudahan. |
restructuring | penstrukturan semula/penyusunan semula | Teknologi Maklumat | Tiada | Penukaran daripada perisian tidak berstruktur kepada perisian berstruktur yang lengkap dengan dokumentasi, tanpa menukar fungsi perisian tersebut. |
restructuring | penstrukturan semula/penyusunan semula | Ekonomi | Tiada | Tiada |
restructuring | penstrukturan semula | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses kejuruteraan yang menukarkan suatu sistem daripada bentuk perwakilan kepada bentuk perwakilan lain yang secara relatifnya sama peringkat dengan pengabstrakan. Pada masa yang sama, proses ini mengekalkan tingkah laku kefungsian luaran sistem. |
restructuring | penstrukturan semula | Pentadbiran | Pengurusan | - |
defensive restructuring | penstrukturan bertahan | Geografi | Tiada | Tiada |
civil service restructuring | penstrukturan semula perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses penyusunan dan pengemaskinian struktur perkhidmatan awam yang sedia ada kepada satu struktur baru yang lebih cekap, efisyen, efektif dan terkini. Proses ini melibatkan penutupan beberapa agensi yang bertindih dan kurang cekap serta penyusunan semula beberapa agensi agar sesuai dengan fungsi dan objektif baru. Beberapa agensi baru telah ditubuhkan seperti Biro Pengaduan Awam (BPA), Ruangan Pendapat Pembaca di akhbar tempatan dan talian aduan yang memberi ruang kepada orang ramai untuk menyampaikan maklum balas, aduan, teguran dan cadangan. Di samping itu, beberapa kementerian dan jabatan baru telah ditubuhkan serta distrukturkan semula sesuai dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan integriti perkhidmatan awam. |
redesign | reka bentuk semula | Teknologi Maklumat | Perisian | Perubahan yang dilakukan terhadap ciri reka bentuk. Perubahan ini termasuk penstrukturan semula seni bina reka bentuk, mengubah model data sistem yang berhubung kait dengan struktur data atau pangkalan data dan penambahbaikan algoritma. |