coercive power | kuasa paksaan | Pentadbiran | Tiada | Autoriti yang berpunca daripada kawalan seseorang pentadbir melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada kakitangan bawahan. Kuasa paksaan selalu dimiliki oleh mereka yang boleh memecat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran, menahan atau menurunkan pangkat seseorang yang tidak mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan dan mungkin oleh kerana pencapaian yang tidak memuaskan. Oleh itu, seseorang pentadbir memperoleh kuasa kerana kakitangan takut dihukum jika tidak mengikut peraturan organisasi. Pada hari ini kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang mengehadkan kebolehan seseorang pentadbir menggunakan kuasa paksaan, namun kuasa paksaan masih digunakan oleh kebanyakan organisasi kerana pentadbir atasan hendak mendapatkan kepatuhan daripada kakitangan bawahan. |
administrative class | kelas pentadbiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas sosial yang terbentuk daripada kalangan ahli pentadbir yang menduduki peringkat tinggi birokrasi pemerintahan. Ciri-ciri sosial kelas ini adalah dengan menonjolkan sifatnya tersendiri seperti peka kepada status, gaya kehidupan kebaratan, bertutur dalam bahasa lnggeris dan mengutamakan hierarki sosial. Contohnya, Elit Pentadbir Melayu (MAS) pada era kolonial lnggeris. |
land administrator | pentadbir tanah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
land administrator | pentadbir tanah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
nurse administrator | pentadbir jururawat | Kejururawatan | Tiada | Jururawat yang melaksanakan tugas-tugas pentadbiran kejururawatan. Contohnya, penyelia jururawat. |
security policy system | sistem dasar sekuriti | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kawalan yang wujud dalam sesetengah sistem pengendalian untuk membolehkan pentadbir sistem melaksana dan menguatkuasakan dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Perkara yang boleh dilakukan oleh kawalan ini termasuk penguatkuasaan bentuk kata laluan, had pengagihan atau perkongsian maklumat, dan halangan pencapaian ke sistem selepas kegagalan. |
allocations of values | peruntukan nilai | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penerapan nilai positif dalam sistem politik sesuatu masyarakat yang menjadi panduan kepada seseorang individu, organisasi atau badan pentadbir. Nilai yang terdapat dalam masyarakat merupakan elemen penting yang dibuat untuk mengukuhkan tahap perkhidmatan. Penerapan ini penting untuk mencapai prestasi perkhidmatan yang cekap, bersih dan terhindar daripada gejala negatif. Contohnya penerapan nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. |
password misuse | salah guna kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyalahgunaan kata laluan milik individu lain yang bercanggah dengan dasar kata laluan. Contohnya, berkongsi kata laluan dengan individu lain tanpa kebenaran pentadbir sistem. |
socioeconomic class | kelas sosioekonomi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Strata dalam masyarakat yang berasaskan sosioekonomi. lndividu atau golongan yang memiliki kedudukan ekonomi dan sosial yang tinggi akan mendapat penghormatan dalam masyarakat. Seorang ahli politik, pentadbir dan pemimpin masyarakat dianggap boleh menduduki kelas sosioekonomi yang tinggi, manakala golongan seperti petani, nelayan, pekedai, buruh dan sebagainya tidak memiliki kelas sosioekonomi ini. Kelas sosioekonomi yang baik amat penting dalam mempengaruhi pembinaan demokrasi sesebuah negara. |
unproductive labour | buruh tak produktif | Ekonomi | Tiada | Buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif. |