Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tad.bi.ran] | ڤنتدبيرن

Definisi : perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tad.bi.ran] | ڤنتدبيرن

Definisi : per­buatan, hal dll mentadbir atau men­­tadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decentralizationpemencaranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan.
administrative statenegara pentadbiranSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mempunyai prinsip pemerintahan berasaskan kepada keabsahan peraturan yang terdapat dalam perlembagaan. Penubuhan negara pentadbiran bertujuan untuk mengemas tatacara pengurusan dan pentadbiran negara serta untuk mengelak daripada berlakunya gejala rasuah. Idea negara pentadbiran ini berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1887 sewaktu pentadbiran Woodrow Wilson dan di Malaysia semasa pentadbiran Tun Abdul Razak serta diteruskan oleh pimpinan berikutnya.
Secretary Railway AdministrationSetiausaha Pentadbiran Kereta ApiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
administrative lawundang-undang pentadbiranSains PolitikPolitik PerbandinganUndang-undang yang berkaitan dengan kuasa, kewajipan dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran. Undang-undang ini merujuk kepada peraturan yang mesti diamalkan oleh badan pentadbiran sewaktu membuat keputusan. Undang-undang ini perlu untuk memastikan keputusan yang dibuat itu adil dan saksama. Contohnya, di Malaysia undang-undang pentadbiran termaktub dalam perlembagaan.
administrativeadministratifSains PolitikPolitik PerbandinganPerkara yang bersifat pentadbiran yang dipertanggungjawabkan terhadap individu atau badan tertentu. Individu atau badan tersebut melaksanakan tugas mengikut peraturan pentadbiran yang mempunyai pengkhususan dari segi kerja, hierarki, kecekapan dan ketetapan waktu. Contohnya, tugas seorang Pegawai Daerah jelas bersifat administratif. Sinonim pentadbiran.
flatter organizationorganisasi mendatarPentadbiranTiadaStruktur pentadbiran sesebuah organisasi yang memiliki sedikit atau tidak ada peringkat pengurusan pertengahan antara kakitangan dengan pihak eksekutif.
vertical organizationorganisasi menegakPentadbiranTiadaStruktur pentadbiran sesebuah organisasi yang mempunyai hierarki yang ketat dengan kuasa yang berpunca daripada pihak pengurusan atasan hingga ke bawah.
precinctkawasanSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bahagian dari wilayah atau daerah kecil yang mempunyai sempadan yang jelas, dibahagi berasaskan fungsi pentadbiran, seperti kawasan pilihan raya, kawasan pengawasan polis atau kawasan mukim pentadbiran penghulu. Terdapat beberapa kawasan dalam satu wilayah yang lebih besar yang dibahagi mengikut fungsi pentadbiran ini yang lerletak bersebelahan atau berdekatan antara satu dengan yang lain. Satu kawasan ini mempunyai penduduk, sekolah, tempat ibadat, pasar dan kawasan perniagaannya sendiri. Contohnya, bangunan pentadbiran utama termasuk Pejabat Perdana Menteri terletak dalam Presint 1 Putrajaya.
administration areakawasan pentadbiranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan yang dikhususkan bagi menempatkan pejabat- pejabat untuk urusan pentadbiran.
depoliticizationpenyahpolitikanSains PolitikPolitik PerbandinganProses meminimumkan pengaruh politik secara berperingkat dalam sesuatu urusan, penggubalan keputusan atau pentadbiran. Proses ini dilakukan untuk mewujudkan situasi pentadbiran yang bersifat telus dan adil. Dalam sistem demokrasi, proses ini berlaku melalui pembentukan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan. Pemisahan ini dilakukan untuk memastikan wujudnya proses semak dan imbang antara ketiga-tiga badan tersebut. Unsur seperti berkecuali atau meritokrasi dalam bidang pentadbiran pula merupakan elemen yang bersifat penyahpolitikan. Contohnya, pengenalan meritokrasi dalam pemilihan calon ke universitimerupakan penyahpolitikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia.
12345678910...

Kembali ke atas