blackout | pentas gelap | Kesusasteraan | Tiada | Arahan pencahayaan pentas apabila semua lampu pentas digelapkan serentak. |
insular shelf | pentas pulauan | Sains Marin | Tiada | Kawasan lantai lautan yang sama seperti pentas benua yang mengelilingi suatu pulau sehingga kedalaman 600 kaki. Kawasan ini merupakan suatu jasad daratan yang berada di bawah air yang menganjur dari dataran benua menyebabkan pembentukan kawasan air cetek. Kebanyakan pentas kepulauan ini terdedah sewaktu era glasier dan antara glasier. |
thrust stage | pentas lambur | Kesusasteraan | Tiada | Pentas atau ruang lakon yang mengunjur ke hadapan dengan kedudukan khalayak di tiga bahagian. |
proscenium stage | pentas prosenium | Kesusasteraan | Tiada | Pentas atau ruang lakon yang ditinggikan dan mempunyai pemisah yang jelas antara khalayak dengan pelakon melalui gerbang atau bingkai. |
arena stage | pentas arena | Kesusasteraan | Tiada | Pentas atau ruang lakon yang dikelilingi oleh khalayak. |
apron stage | pentas apron | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian pentas yang mengunjur dan melepasi tirai hadapan prosenium |
shelf | pentas | Sains Marin | Tiada | Umumnya merujuk unjuran lapisan batuan dan khususnya ialah pentas benua. Sinonim pelentar. |
stage direction | arahan pentas | Kesusasteraan | Tiada | Penerangan dalam skrip tentang sebarang tingkah laku, pergerakan fizikal, perubahan set, visual dan audio dalam drama. Arahan pentas ditulis dengan huruf condong dalam skrip. |
sandiwara | sandiwara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan. |
open stage | pentas terbuka | Kesenian | Tiada | Acara yang membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat persembahan seperti bernyanyi, membaca puisi, berceramah, melawak dan sebagainya. Sinonim open mic, open floor. |