agro-waste | sisa agro | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sebarang lebihan atau bahagian yang tidak dikehendaki dan perlu dibuang daripada operasi pertanian dan penternakan. Contohnya, sisa dari ladang pertanian dan penternakan serta pusat penyembelihan. |
prophase | profasa | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Fasa pertama proses mitosis atau meiosis, iaitu proses pemisahan bahan genetik pendua yang dibawa dalam nukleus sel induk kepada dua sel anak yang serupa. Semasa profasa, kompleks DNA dan protein yang terdapat dalam nukleus dikenali sebagai kromatin akan memekat. |
progesterone | progesteron | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon yang dirembeskan oleh korpus luteum pada ovari. Hormon ini dirembeskan semasa fasa luteum pada peringkat kitaran estrus atau ketika haiwan berada dalam keadaan bunting. Fungsi utama progesteron adalah untuk mengekalkan kebuntingan. |
prolapse | prolaps | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Apabila sesuatu organ terkeluar daripada kedudukan asalnya. Prolaps merujuk kepada organ yang terjojol keluar melalui vagina atau rektum. |
pronucleus | pronukleus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Nukleus sel ovum dan sperma yang terbentuk selepas sperma memasuki ovum, tetapi sebelum berlakunya penggabungan bahan genetik antara ovum dengan sperma. |
genetic | genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kajian corak warisan ciri khusus yang berkaitan dengan gen dan maklumat genetik atau keturunan. |
proteolysis | proteolisis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penguraian protein kepada polipeptida atau asid amino yang lebih kecil. Proteolisis lazimnya termangkin oleh enzim sel yang dikenali sebagai protease, tetapi boleh juga berlaku secara pencernaan intramolekul. |
stud | pembaka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan jantan yang sudah mencapai umur tertentu dan terpilih untuk dijadikan pembiak. Pembaka yang terpilih dijangka dapat menghasilkan anak yang berkualiti. |
carrier | pembawa | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan atau organisma yang mewarisi satu trait genetik tanpa menampakkan kesan kepada pembawa. Kesan terhadap anak pembawa boleh dilihat semasa dilahirkan atau mungkin akan terserlah apabila haiwan tersebut meningkat dewasa. Contoh kesan terhadap anak pembawa ialah albinisme dan akondroplasia. |
fecundity | keperidian | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan betina yang berupaya menghasilkan anak yang banyak. Keperidian hanya digunakan untuk haiwan. |