Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.ka.ran] | ڤنوکرن

Definisi : perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diadakan ~ tandatangan sbg cenderamata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.ka.ran] | ڤنوکرن

Definisi : perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan: ~ permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retroactive conversionpenukaran retroaktifinsuransTiadaPenukaran polisi insurans hayat sementara kepada polisi bentuk kekal, berasaskan tarikh asal pengeluaran polisi tersebut dan bukan dari masa penukaran polisi dibuat.
mode conversionpenukaran modTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena penukaran mod rambatan gelombang asal yang berlaku disebabkan oleh pantulan atau pembiasan dalam bahan uji. Contohnya, apabila gelombang membujur tuju dibiaskan pada sempadan dua medium bertukar menjadi gelombang ricih atau gelombang permukaan.
ion exchange chromatographykromatografi pertukaran ionKimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi yang menggunakan resin penukaran ion sebagai fasa pegun. Mekanisme pemisahannya adalah berdasarkan keseimbangan penukaran ion.
feed conversion ratio (FCR)nisbah penukaran makanan (FCR)PerikananAkuakulturJumlah makanan yang diambil oleh ternakan sepanjang tempoh ternakan dibandingkan dengan kadar pertumbuhan atau peningkatan berat badan yang diperoleh hasil daripada pengambilan makanan tersebut. Keadaan ini menunjukkan kecekapan haiwan dalam mengubah makanan kepada peningkatan berat badan. Nilai yang rendah menunjukkan kadar penukaran yang cekap atau tinggi, dan secara tidak langsung menunjukkan kualiti makanan yang baik. Nilai ini dipengaruhi oleh kualiti makanan, spesies, jantina, umur, pengurusan pemberian makanan dan sistem ternakan. Nilai ini ialah kebalikan daripada kecekapan penukaran makanan.
conversionpenukaran / tukar syaratPenilaian Harta TanahTiadaTiada
food exchangepenukaran makananSains KesihatanTiadaPelbagai saiz hidangan makanan yang telah ditentukan kandungan kalori, karbohidrat, protein atau lemak.
loss conversion factorfaktor penukaran kerugianinsuransTiadaRumus digunakan dalam pelan pengkadaran retrospektif. Faktor ini ialah amaun yang ditambah ke atas kerugian di dalam satu rumus yang menyediakan dana untuk insurer membiayai penyiasatan tuntutan.
in-conversion productproduk dalam penukaranPertanian OrganikTanaman Makanan-
transliterationtransliterasi-TiadaPenukaran aksara asal kepada huruf dalam sistem tulisan lain.
nebulizationpenebulaanKimiaKimia AnalisisPenukaran cecair ke bentuk aerosol. Proses ini penting sebelum pengatoman berlaku. Misalnya dalam keadaan spektrometri penyerakan atom.
123

Kembali ke atas